MOMENTUM BERTERUSAN : CRAFT-BAMBOO RACING DAN ROWE MOTOR OIL RANGKUL KEPUTUSAN PODIUM SILVER-AM DI GTWC ASIA 2026 FUJI

MOMENTUM BERTERUSAN : CRAFT-BAMBOO RACING DAN ROWE MOTOR OIL RANGKUL KEPUTUSAN PODIUM SILVER-AM DI GTWC ASIA 2026 FUJI

Pusingan pertengahan musim GT World Challenge Asia di Fuji International Speedway, yang berlangsung pada 11th - 12th Julai 2026, telah menyajikan persaingan sengit antara kelas, pertarungan yang tidak dijangka, serta keadaan litar yang mencabar.

Bagi pusingan di Fuji ini, pendahulu kejuaraan Silver-Am, Alex Liang Jiatong telah digandingkan dengan juara Japan Cup 2024, Daisuke Yamawaki. Di bawah tekanan yang hebat, gandingan ini mempamerkan konsistensi yang luar biasa, pelaksanaan strategi yang mantap, dan kerja berpasukan yang hebat untuk meraih dua penamat podium dalam kelas Silver-Am bersama jentera #77 Mercedes-AMG GT3 EVO.


Perlumbaan 1 : Pemanduan Berstrategi Ke Arah Podium
Bermula dari petak ke-4 dalam kelas Silver-Am, Daisuke Yamawaki memulakan perlumbaan dengan sangat tenang dan tanpa kesilapan, mengekalkan rentak yang pantas sepanjang tugasannya. Selepas pertukaran pemandu wajib yang lancar pada pusingan ke-14, Alex Liang mengambil alih jentera #77 Mercedes-AMG GT3 EVO. Mempamerkan kelajuan perlumbaan dan keazaman yang tinggi, Liang berjuang merentasi pelumba lain, membaiki kedudukan keseluruhan sebanyak enam anak tangga sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan ke-14 keseluruhan dan ke-3 dalam kelas Silver-Am.


Perlumbaan 2 : Berjuang Sehingga Pusingan Terakhir
Perlumbaan pecut 60 minit pada hari Ahad membawa satu lagi pertarungan sengit dari awal hingga akhir. Bermula dari petak ke-5 dalam kelas Silver-Am, Alex Liang terus menyerang kelompok pelumba yang kompetitif sebelum menyerahkan jentera kepada Yamawaki semasa tempoh pit wajib. Yamawaki memberikan persembahan pertahanan yang kukuh di bawah tekanan yang hebat, berjaya melindungi kedudukan sehingga ke garisan penamat. Jentera #77 Mercedes-AMG GT3 EVO menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 keseluruhan, sekali gus merangkul podium tempat ke-3 Silver-Am untuk kali kedua dan melengkapkan hujung minggu yang berjaya di Fuji.

Tumpuan Masa Hadapan
Dengan dua penamat podium yang berharga di Jepun, Craft-Bamboo Racing terus mendahului kedudukan kejuaraan Silver-Am. Pembangunan teknikal berterusan pasukan, digabungkan dengan perkongsian prestasi bersama ROWE Motor Oil, terus memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan enjin, kebolehpercayaan, dan prestasi yang konsisten merentasi litar perlumbaan yang paling mencabar di Asia.

Pasukan kini mengalihkan fokus ke Litar Antarabangsa Okayama (27th- 30th Ogos 2026), dengan sasaran untuk membawa momentum podium Fuji ini ke pusingan seterusnya dan meneruskan cabaran kejuaraan.

Keputusan Rasmi Perlumbaan : Klik di sini untuk klasifikasi penuh



Racing Tech Lubricants Sdn Bhd
Pengedar Eksklusif ROWE Germany in Malaysia