Sheer curtain atau langsir jarang memberikan sentuhan elegan dan lembut pada ruang rumah. Tapi, disebabkan kainnya yang nipis dan halus, ia memerlukan penjagaan yang betul agar tahan lama dan sentiasa kelihatan baru.
Jom kak Wani kongsikan supaya lepasni langsir sheer korang boleh guna dalam jangka masa yang lama!
Gunakan sabun pencuci yang lembut (mild detergent). Elakkan bahan peluntur kerana boleh menyebabkan fabrik rosak atau pudar.
Basuh sheer curtain secara berasingan daripada langsir lain yang lebih berat seperti blackout. Ini untuk elakkan kain terkoyak atau tertarik.
Jangan gunakan mesin pengering! Biarkan langsir kering secara semula jadi dengan cara digantung – ini juga elakkan dari kedutan.
Jika perlu digosok, guna seterika dengan suhu paling rendah atau mode “silk”. Atau, sembur sedikit air dan biarkan kedutan hilang secara semula jadi bila digantung.
Sheer curtain mudah perangkap habuk. Cuci sekali setiap 1 hingga 3 bulan untuk kekalkan rupa bersih & segar.