Kerja berkaitan sistem penyaman udara dan compressor melibatkan risiko keselamatan yang tinggi sekiranya tidak dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian keselamatan yang betul.
Antara punca utama risiko kegagalan sistem termasuk:
Kebocoran yang membenarkan udara (oksigen) memasuki sistem HVAC
Campuran udara dengan refrigerant dan minyak compressor
Litar pintas elektrik
Kerja dijalankan di kawasan yang tidak mempunyai pengudaraan mencukupi
Persekitaran kerja yang tidak selamat, seperti kehadiran kebocoran gas mudah terbakar atau bahan berbahaya
Prosedur pump down yang tidak dilakukan mengikut kaedah yang betul
Bagi memastikan keselamatan, kerja kimpalan, brazing, pemotongan dan sebarang kerja panas sebaiknya dielakkan dilakukan di kawasan yang mempunyai:
Kebocoran gas
Kehadiran gas mudah terbakar di persekitaran kerja
Tumpahan bahan kimia, wap atau gas kimia
Sunmoon Aircond Sdn Bhd menitikberatkan aspek keselamatan melalui:
Penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai dengan kaedah kerja
Kerja dilaksanakan oleh juruteknik kompeten dan bertauliah
Pemeriksaan kawasan kerja dilakukan sebelum dan semasa kerja
Pelaporan segera kepada penyelia sekiranya keadaan kerja didapati tidak selamat
Keselamatan adalah keutamaan kami dalam setiap kerja HVAC yang dijalankan.
Dengan pematuhan prosedur yang ketat, kami memastikan keselamatan pekerja, pelanggan dan harta benda sentiasa terpelihara.
Vietnam