Pasukan keselamatan khususnya Polis Bantuan dan anggota penguatkuasa memerlukan disiplin, pengetahuan serta kemahiran komunikasi yang tinggi bagi memastikan tugasan dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
Sehubungan itu, Surveillance Synergy Sdn. Bhd. (SSSB) membangunkan modul Verbal Judo – Mengurus & Mengawal Konflik (Manage & Control Conflict). Modul ini memberi fokus kepada teknik komunikasi berkesan dan kemahiran negosiasi, bagi mengawal tingkah laku, menjana pematuhan secara sukarela serta mencegah konflik daripada menjadi krisis.
Dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dan Jurulatih berpengalaman dari PDRM, kursus ini amat sesuai untuk anggota barisan hadapan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, keselamatan diri serta keberkesanan perkhidmatan keselamatan secara profesional.
Di akhir sesi kursus, peserta akan:
✔ Memperoleh pengetahuan (Knowledge) berkaitan komunikasi berkesan berlandaskan undang-undang Malaysia
✔ Meningkatkan kemahiran (Skill) termasuk asas kawalan diri dan pengurusan konflik
✔ Membentuk sikap (Attitude) profesional ketika melaksanakan tugasan
✔ Meningkatkan keyakinan diri & kesiapsiagaan dalam apa jua situasi pada setiap masa
Kursus ini memperkukuh elemen ASK (Attitude, Skill & Knowledge) bagi melahirkan anggota yang kompeten dan berintegriti.
Kursus ini merangkumi topik-topik utama berikut:
✔ Prinsip Verbal Judo
✔ Matlamat & Aplikasi Verbal Judo
✔ Teknik Mengurus & Mengawal Konflik
✔ Cara-Cara Berkomunikasi Secara Berkesan
✔ Kemahiran Rundingan (Negotiation Skills)
✔ Teknik Pengalihan / Lencongan (Deflection & Redirection)
✔ Peningkatan Kemahiran & Profesionalisme
✔ Keselamatan Diri dalam Situasi Berisiko
Modul ini memberi penekanan kepada latihan praktikal dan situasi sebenar bagi memastikan peserta mampu mengawal konflik secara profesional tanpa mencetuskan krisis.
| JAM | HARI PERTAMA |
| 08:00 – 08:30 | Pendaftaran/Taklimat |
| 08:30 - 10:00 | Perinsip Verbal Judo |
| 10:00 – 10:30 | Minum pagi |
| 10:30 - 12:30 | Matlamat Verbal Judo |
| 12:30 – 14:00 | Makan Tengahari /Rehat |
| 14:00 – 17:00 | Latihan Asas Seni Mempertahankan Diri |
| 17:00 – 17:30 | Minum Petang / Tamat Hari Pertama |
| JAM | HARI KEDUA |
| 08:00 – 10:00 | Mengurus Dan Mengawal Konflik “manage and control conflict” |
| 10:00 – 10:30 | Minum Pagi |
| 10:30 – 12:30 | Cara-Cara Berkomunikasi |
| 12:30 – 14:00 | Makan Tengahari /Rehat |
| 14:00 – 17:00 | Latihan Asas Tindakbalas T-Baton ( pisau / kayu ) |
| 17:00 – 17:30 | Minum Petang / Tamat Hari Kedua |
| JAM | HARI KETIGA |
| 08:00 – 10:00 | Kemahiran Rundingan |
| 10:00 – 10:30 | Minum Pagi |
| 10:30 – 12:30 | Pengalihan atau Lencongan “ deflection and Redirection” |
| 12:30 – 14:00 | Makan Tengahari /Rehat |
| 14:00 – 17:00 | Latihan Asas Tindakbalas Serangan |
| 17:00 – 17:30 | Minum Petang/Tamat Hari Ketiga |
| JAM | HARI KEEMPAT |
| 08:00 – 10:00 | Meningkatkan Kemahiran & Profesionalisme |
| 10:00 – 10:30 | Minum Pagi |
| 10:30 – 12:30 | Kepentingan Keselamatan Diri |
| 12:30 – 14:00 | Makan Tengahari/Rehat |
| 14:00 – 17:30 | Ulangkaji Kesemua Mata Pelajaran - Penilaian Teori dan Praktikal - Penutup Kursus |
Malaysia