Proses “Pre-Work” melibatkan komunikasi dan perbincangan antara pihak pelanggan (anda) dan BIM (kami).
Jika pelanggan mengambil masa yang lebih lama untuk meluluskan “mockup” atau menyediakan design, lebih lama masa yang diambil untuk proses “Pre-Work”
Proses “Pre-Work” kebiasaannya mengambil masa 2 hari bekerja hingga 5 hari bekerja untuk proses siap, tertakluk kepada “artwork approval” daripada customer
“Quotation” berdasarkan open size kotak daripada customer.
Sales order akan dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada customer
Kami mengenakan deposit yang tidak akan dikembalikan sebanyak RM200 untuk setiap saiz untuk menyediakan mockup kotak (sampel kotak tanpa cetakan). Masa yang diperlukan ialah 2-3 hari bekerja.
Kami akan WhatsApp untuk memaklumkan anda setelah “mockup” siap. Kami mencadangkan agar anda membuat janji temu bersemuka untuk menyemak sampel mockup. Mockup boleh juga dihantar secara postage.
Sila bawa bersama produk set lengkap anda untuk mendapatkan saiz tepat mockup kotak
Jika anda menemui mockup kotak yang tidak sama saiz dengan kotak, anda boleh meminta pindaan mockup. Maksimum 1 kali pindaan secara PERCUMA.
Sila ambil perhatian bahawa deposit akan ditolak daripada jumlah keseluruhan apabila anda membuat pembayaran baki (langkah 5). Deposit tidak akan dikembalikan jika pembatalan pesanan atau menahan kerja selama lebih daripada 90 hari.
Kami akan sediakan anda dengan “dieline mockup” dalam bentuk (.ai format), anda perlu masukkan design artwork anda menggunakan dieline yang disediakan. Kami akan screening artwork yang diberikan melalui whatsapp untuk approval anda
Bayaran RM200 akan dikenakan untuk setiap satu design. Selepas siap design, pembetulan boleh dikenakan maksimum sebanyak 3 kali. Untuk pembetulan yang seterusnya anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.
Kami akan bagi design melalui WhatsApp. Customer perlu membuat artwork approval untuk meneruskan proses seterusnya iaitu printing
Bayaran deposit 50% daripada jumlah bayaran servis perlu dilakukan untuk memulakan proses cetakan kotak. Selepas siap kotak, baki bayaran 50% perlu dibayar sebelum collection kotak
Tiada pembetulan artwork atau pembetulan mockup dibenarkan selepas kami mendapat artwork approval dari anda.
6-7 Hari Bekerja: art card, boxboard, kraft card, white coated kraft + protective finishing.
8-10 Hari Bekerja: art card, boxboard, kraft card, white coated kraft + protective finishing + beautifying finishing
13-14 Hari Bekerja: carton box + protective finishing + carton finishing
15-16 Hari Bekerja: carton box + protective finishing + beautifying finishing + carton finishing
Kertas dipotong mengikut saiz kotak yang diberi
Untuk litho offset machine sahaja
Offset Machine (CMYK)
Add on coating atau plastic layer pada permukaan kertas untuk melindungi kertas dari calar dan warna mudah pudar
Option adalah seperti water base, uv varnish, matt lam, gloss lam & etc.
Hot stamping, emboss, texture emboss & etc
2 Option: die mould baharu / reuse die mould lama
2 pilihan: manual die cutting machine / auto die cutting machine
Handwork glue / machine glue.
Kuantiti pembungkusan yang dibungkus biasanya terdiri daripada 250pcs / 300pcs / 500pcs / 1000pcs bergantung pada berat yang diterima pihak courier.
Bukit Serdang : Showroom & Kilang
UPRIGHT Courier : Syarikat kurier default kami. Kami akan menimbang barang dan mengemas kini harga kurier kepada anda. Masa penghantaran kurier bergantung kepada jadual kurier, oleh itu kami tidak akan BERTANGGUNGJAWAB untuk kelewatan kurier. Bayaran kurier ditanggung oleh pelanggan.
Kurier Lain: J&T, Skynet
Malaysia