PROGRAM REPATRIASI MIGRAN 2.0 (PRM 2.0)
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗣𝗔𝗧𝗥𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗚𝗥𝗔𝗡 𝟮.𝟬 (𝗣𝗥𝗠 𝟮.𝟬)
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan Program Repatriasi Migran 2.0 sebagai inisiatif pulang secara sukarela kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tanpa tindakan pendakwaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
📅 Tempoh Pelaksanaan: 19 Mei 2025 – 30 April 2026
💼 Bayaran Kompaun:
▶️ RM500 – Masuk dan tinggal tanpa pas atau permit sah
➡️ RM500 – Tinggal melebihi tempoh dibenarkan
➡️ RM300 – Melanggar syarat pas
➡️ RM20 – Bayaran Pas Khas (termasuk kanak-kanak yang dikecualikan kompaun)
📌 Syarat Permohonan:
✅ Mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah
✅ Tiket penerbangan pulang ke negara asal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari
✅ Hadir ke mana-mana 14 pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Labuan
✅ Bayaran kompaun hanya melalui kad debit/kredit atau 𝑻𝒐𝒖𝒄𝒉'𝒏 𝑮𝒐 𝒆𝑾𝒂𝒍𝒍𝒆𝒕
🚫 Tidak Layak Jika:
✖️ Pernah mendaftar PRM tetapi gagal keluar
✖️ Disenarai hitam atau mempunyai waran tangkap
✖️ Pasangan kepada warganegara Malaysia (perlu rujuk kaunter visa)
📍 Permohonan secara 𝙒𝘼𝙇𝙆-𝙄𝙉 sahaja
🔗 Maklumat lanjut: www.imi.gov.my
📞 Talian: 03-8880 1269