Cara Cari Alat Ganti Kereta Terpakai yang Betul Dalam 2 Langkah Mudah

Cara Cari Alat Ganti Kereta Terpakai yang Betul Dalam 2 Langkah Mudah

Ramai pemilik kereta menghadapi masalah yang sama bila nak beli alat ganti terpakai — tak tahu nak terangkan apa yang mereka perlukan. Akibatnya, ramai terbeli alat ganti yang salah, habis masa mesej sana sini, dan kadang-kadang dikenakan harga yang tak sepatutnya.

 

Di MS Motor, kami sendiri sering hadapi kes sebegini. Jadi kami sediakan satu video pendek untuk bantu anda tanya alat ganti dengan cara yang lebih cepat dan tepat — hanya dengan sediakan dua perkara:

 

  1. Nombor Casis Kereta Anda (Chassis Number)
    Boleh dijumpai di Geran (kad pendaftaran kereta), atau pada plat logam di pintu pemandu.
  2. Gambar Jelas Alat Ganti Yang Anda Perlukan
    Kalau tak tahu nama pun tak mengapa, gambar pun cukup untuk kami cam dan padankan model.

 

 

Lepas anda hantar dua maklumat ni, kami akan terus bantu anda semak kesesuaian alat ganti, stok dan harga — tak perlu teka, tak perlu stres.

 

Tonton video penuh di bawah dan kongsikan kepada rakan anda yang masih beli alat ganti ikut nasib!

Klik sini untuk tonton video di Instagram Reels

M.S.MOTOR Logo
M.S.MOTOR Singapore
Hubungi kami Singapore flagSingapore