KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI MEMIMPIN BUDAYA KERJA CEMERLANG, POLIS BANTUAN MALAYSIA

KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI MEMIMPIN BUDAYA KERJA CEMERLANG, POLIS BANTUAN MALAYSIA

1. PENGENALAN

Kursus ini dirancang untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota Polis Bantuan dalam melaksanakan tugas harian secara berdisiplin, beretika, dan berkesan.

Kursus memberi penekanan kepada:

  • Kefahaman peranan dan tanggungjawab Polis Bantuan

  • Pembentukan disiplin diri dan pengurusan masa

  • Sikap positif dan keupayaan membuat keputusan dalam situasi kritikal

  • Etika, integriti dan komunikasi berkesan

  • Pengurusan tekanan dan kerja berpasukan

Program ini bertujuan memperkukuh kecekapan operasi, imej profesional, dan keyakinan orang awam terhadap anggota Polis Bantuan di lapangan.

Surveillance Synergy Sdn Bhd (SSSB), dengan kerjasama tenaga pengajar dari Polis Diraja Malaysia, telah membangunkan modul ini bagi memastikan setiap peserta sentiasa bersedia dan menunjukkan tahap profesionalisme tinggi dalam tugasan harian.

2. OBJEKTIF

Di akhir sesi kursus, peserta akan:

Meningkatkan kefahaman etika kerja, disiplin & integriti dalam tugasan harian
Memantapkan kemahiran khidmat pelanggan secara profesional, berhemah & berkesan
Membentuk sikap positif, keyakinan diri & kecekapan komunikasi untuk meningkatkan imej organisasi
Mengamalkan budaya kerja cemerlang secara konsisten di setiap masa

3. SENARAI SUBJEK KURSUS

Kursus ini merangkumi topik-topik utama berikut:

Pengenalan Etika Kerja Polis Bantuan
Disiplin, Integriti & Tanggungjawab dalam Tugasan
Imej, Penampilan & Sikap Profesional
Konsep & Prinsip Khidmat Pelanggan Berkualiti
Kemahiran Komunikasi Berkesan
Pengurusan Aduan & Pengendalian Situasi Sukar
Etika Bertugas di Kaunter & Kawasan Awam
Pengurusan Tekanan & Etika Semasa Krisis
Latihan Amali, Kajian Kes & Pengukuhan Profesionalisme

Kursus ini direka untuk memperkukuh etika kerja, profesionalisme dan kecekapan khidmat pelanggan anggota Polis Bantuan dan penguatkuasa.

 

  HARI PERTAMA
08:00 – 08:30 PENDAFTARAN/TAKLIMAT
08:30 - 10:00 Subjek 1: Pengenalan Etika Kerja Polis Bantuan
10:00 – 10:30 Minum pagi
10.30 – 12.30 Subjek 2: Disiplin, Integriti dan Tanggungjawab dalam tugas
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:45 Subjek 3: Imej, Penampilan dan sikap Profesional
15:45 – 16:00 Minum Petang
16:00 – 17:30 Perbincangan & Refleksi Harian
Tamat Hari Pertama
 
  HARI KEDUA
08:00 – 8:30 Kehadiran & Taklimat Pagi
8:30 – 10:00 Subjek 4: Konsep dan Prinsip Khidmat Pelanggan Berkualiti
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Subjek 5: Kemahiran Berkomunikasi Berkesan
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:45 Subjek 6 : Pengurusan Aduan dan Situasi Sukar
15:45 – 16:00 Minum petang
16:00 – 17:30 Latihan Interasktif & Refleksi
Tamat Hari Kedua
 
  HARI KETIGA
8:00 – 8:30 Kehadiran & Ulangkaji Ringkas
8:30 – 10:00 Subjek 7: Etika Bertugas di Kaunter & Kawasan Awam
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Subjek 8: Pengurusan Tekanan dan Etika Semasa Krisis
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:45 Subjek 9: Latihan Amali, Kajian Kes & Role Play
15:45 – 16:00 Minum Petang
16:00 – 17:30 Rumusan Kursus & Penutup