Ramai orang bisnes tanya soalan ni:
"Kalau saya mohon business loan, berapa lama nak tunggu sampai lulus?"
Jawapan senang – biasanya ambil masa 2 minggu (kalau semua dokumen lengkap). Tapi, ada juga kes yang boleh cepat atau lambat sikit.
Kalau apply loan dari bank atau syarikat pinjaman SME, proses ambil masa lebih kurang 10 ke 14 hari bekerja.Beberapa sebab kenapa loan boleh lambat:
Dokumen tak lengkap – Contohnya SSM, penyata bank, akaun untung rugi, semua kena ada.
Bank proses lambat – Bank besar ada prosedur, jadi ambil masa sikit.
Loan besar – Lagi besar loan, lagi lama proses semakan.
Nak loan lulus cepat? Cuba tips ni:
Hantar semua dokumen lengkap – Jangan tunggu pihak bank minta baru nak cari.
Pilih tempat yang cepat proses – Fintech atau pinjaman SME kadang-kadang lebih laju dari bank.