Sesebuah organisasi yang berorientasikan keselamatan seperti Polis Bantuan memerlukan anggota yang sentiasa bersedia dari segi sikap, kemahiran, pengetahuan dan kepatuhan terhadap arahan.
Seiring dengan aspirasi kepimpinan MAPA dan pengurusan Surveillance Synergy, pembangunan modal insan yang seimbang dan berkeyakinan amat penting bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Anggota perlu sentiasa berada pada tahap strategik, berdisiplin, berinovasi dan kompeten berteraskan prinsip ASKO:
A – Attitude (Sikap Profesional & Integriti Tinggi)
S – Skill (Kemahiran Operasi & Taktikal)
K – Knowledge (Pengetahuan Undang-Undang & Prosedur)
O – Obedient (Kepatuhan Mutlak kepada Arahan & SOP)
“Jika kita hendak dihormati, maka kita perlu cekap dalam semua bidang.”
– Presiden MAPA, Tuan Haji Mohd Razali bin Abd Aziz
“Seseorang yang yakin pada dirinya sendiri akan mendapat keyakinan dari orang lain.”
– Pengarah Urusan Surveillance Synergy, Tuan Ruzman bin Mahmud
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
Memahami prinsip asas tatacara kawalan trafik secara lebih mendalam termasuk punca kuasa perundangan dan prosedur yang berkaitan.
Memahami undang-undang berkaitan lalu lintas serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kritikal.
Meningkatkan kesedaran keselamatan lalu lintas dalam kalangan anggota dan orang awam.
Menguasai teknik-teknik kawalan trafik termasuk penggunaan isyarat tangan, isyarat wisel serta kaedah komunikasi yang sesuai semasa melaksanakan tugas.
Bersedia menerima anjakan paradigma serta membentuk pemikiran yang lebih terbuka, inovatif dan berhemah ketika menjalankan tanggungjawab.
Memperoleh kemahiran dalam menangani pelbagai kejadian termasuk kemalangan dan situasi kecemasan.
Memahami peranan serta tatacara pengambilan gambar di tempat kejadian.
Mengetahui prosedur tangkapan dan pengendalian barang kes mengikut tatacara yang betul.
Memahami aspek keselamatan di tempat kejadian kemalangan serta proses berkaitan laporan polis.
Objektif ini dirangka bagi memastikan peserta mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kefahaman yang menyeluruh dalam pengurusan dan kawalan trafik.
Pengenalan kepada Penugasan Trafik
Konsep asas, tanggungjawab dan kepentingan kawalan trafik dalam organisasi keselamatan.
Jenis-Jenis Tugasan Trafik
Penugasan statik, dinamik, kawalan acara, rondaan serta operasi khas.
Kuasa dan Bidang Kuasa Polis Bantuan (PB) dalam Penugasan Trafik
Skop kuasa, had tanggungjawab dan pelaksanaan tugas mengikut peruntukan semasa.
Jenis-Jenis Kesalahan Pemanduan (Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Akta 333)
Kesalahan lazim serta peruntukan undang-undang berkaitan lalu lintas.
Kuasa Menahan, Mengejar dan Memeriksa Kenderaan
Tatacara pelaksanaan pemeriksaan dan tindakan yang dibenarkan.
Menangkap, Memeriksa dan Hak Pertahanan Diri Semasa Tugas Trafik
Prosedur tangkapan, pemeriksaan serta langkah keselamatan diri anggota.
Kuasa dan Prosedur Siasatan Trafik
Asas siasatan, dokumentasi dan tindakan susulan yang berkaitan.
Tugas dan Peranan Jurufoto Trafik
Tatacara pengambilan gambar, sudut penting serta penyimpanan bukti visual.
Arahan-Arahan Semasa Berkaitan Trafik
Pekeliling, garis panduan dan arahan operasi yang sedang berkuat kuasa.
Kuasa Mendirikan Sekatan Jalan Raya (SJR)
Tujuan, tatacara pelaksanaan dan aspek keselamatan.
Tangkapan dan Pengendalian Barang Kes
Prosedur penyimpanan, pelabelan dan rekod barang kes.
Keselamatan di Tempat Kejadian Kemalangan / Laporan Polis
Kawalan kawasan, perlindungan bukti serta proses laporan yang berkaitan.
Subjek-subjek ini disusun bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam aspek teori dan amali pengurusan serta kawalan trafik.
| JAM | HARI PERTAMA |
| 0800-0845 | Pentadbiran &Taklimat Kursus |
| 0845 - 0930 | Kenalpasti Seksyen & Kuasa Polis Bantuan. |
| 0930-1015 | 1. PENGENALAN KEPADA PENUGASAN TRAFIK 1.1. Pendahuluan dan Pengenalan. 1.2. Justifikasi Kepada Penugasan Trafik. |
| 1015-1030 | Minum pagi. |
| 1030-1115 | 3. KUASA DAN BIDANG KUASA PB DALAM PENUGASAN TRAFIK 3.1. Perlembagaan Persekutuan. 3.2. Akta Polis, PT KPN H602 dan APJ 1987. |
| 1115-1215 | 4.JENIS-JENIS KESALAHAN PEMANDUAN (APJ 1987 – AKTA 333) |
| 1215-1300 | 6. MENANGKAP, MEMERIKSA, DAN HAK PERTAHANAN DIRI SEMASA TUGAS TRAFIK 6.1. Perlembagaan Persekutuan, APJ, KPJ, KK. 6.2. Prosedur Tangkapan dan Pemeriksaan Tubuh dan Kenderaan (Beza Teknik Jenayah dan Trafik). |
| 1300-1400 | Makan Tengahari, Solat dan Rehat. |
| 1400-1500 | 7.KUASA DAN PROSEDUR SIASATAN TRAFIK. i) Punca Kuasa Perundangan: Akta Polis, APJ, PT KPN. |
| 1500-1600 | 8. TUGAS DAN PERANAN JURUFOTO TRAFIK. i) Tujuan dan Peranan Jurufoto Trafik. ii) Jenis Kesalahan Trafik Yang Perlu Diambil Gambar. |
| 1600-1630 | Minum petang |
| 1630-1700 | Ulangkaji |
| JAM | HARI KEDUA |
| 0800-1000 | 10.KUASA MENDIRIKAN SEKATAN JALANRAYA (SJR) 10.1 Punca kuasa Perundangan : Akta Polis, APJ, PT KPN |
| 1000-1030 | Minum Pagi. |
| 1030-1300 | 11.TUGASAN 2: PRAKTIKAL Aktiviti Kumpulan Di Luar Bilik Darjah: Teknik-Teknik kawalan lalulintas ( Amali /Pratikal ) |
| 1300-1400 | Makan Tengahari & Rehat |
| 1400-1530 | v) Teknik – teknik kawalan lululintas Teknik-Teknik Isyarat – Isyarat ( Tangan / wisel ) |
| 1530-1730 | vi) Menangani kejadian kecemasan atau kemalangan |
| JAM | HARI KETIGA |
| 0800-1000 | Tugas praktikal – aktiviti luar kelas Undang-Undang berkaitan Gambar / pratikal |
| 1000-1030 | Minum Pagi |
| 1030 - 1300 | Tangkapan dan Pengendalian Barang Kes i) Jenis dan kuasa-kuasa tangkapan ii) Melaksanakan tangkapan |
| 1300 - 1400 | Makan Tengah Hari & Rehat |
| 1400-1700 | KESELAMATAN DI TEMPAT KEJADIAN KEMALANGAN/LAPORAN POLIS i) Panduan keselamatan melindungi nyawa ii) Mengelakkan kemalangan susulan |
| 1700-1730 | PENILAIAN KURSUS, MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL/BERSURAI |
Malaysia