Dalam organisasi keselamatan seperti Polis Bantuan, modal insan perlu strategik, berinovasi dan mantap melalui ASK – Attitude, Skill, Knowledge & Obedience.
Seperti kata Presiden MAPA, Tuan Haji Mohd Razali bin Abd Aziz:
“Jika kita hendak dihormati, kita perlu cekap dalam semua bidang.”
Selaras dengan itu, Pengarah Urusan SSSB, Tuan Ruzman bin Mahmud, menekankan:
“Seseorang yang yakin pada dirinya sendiri akan mendapat keyakinan dari orang lain.”
Kursus ini menawarkan latihan teori, amali dan praktikal bagi memperkukuh kemahiran peserta dalam pengoperasian premis kawalan, termasuk teknik kawalan untuk memastikan keselamatan dan mencegah kejadian tidak diingini.
Profesional. Berkesan. Berdaya Saing.
Kursus ini direka bagi membolehkan anggota keselamatan, khususnya Polis Bantuan, memahami dan menguasai aspek keselamatan secara menyeluruh, meningkatkan profesionalisme dan kesiapsiagaan dalam tugasan harian.
Peserta akan:
• Memahami teori keselamatan secara mendalam.
• Mengetahui peranan dan keperluan keselamatan dalam organisasi.
• Menguasai perancangan dan penilaian risiko.
• Memastikan keselamatan fizikal dan logistik berkesan.
• Merancang penubuhan dan strategi pengurusan organisasi keselamatan.
• Mengatur strategi pengawasan dan pemantauan yang efektif.
• Mengenal pasti keperluan keselamatan elektronik seperti CCTV.
Kursus ini sesuai untuk Penyeliaan Anggota (Pegawai Rendah Polis Bantuan) serta anggota berpotensi menjadi pemimpin pelapis.
a) Pengenalan Kepada Kawalan Keselamatan
• Teori keselamatan
• Kepentingan mewujudkan keselamatan
b) Strategi Perancangan Kawalan Keselamatan
• Carta organisasi
• Operasi kawalan
c) Pengoperasian
• Pos kawalan utama
• Pemeriksaan pergerakan kakitangan, pelawat & kontraktor
d) Sistem Keselamatan Digital
• Pemilihan sistem yang sesuai
• Penyeliaan & pemantauan
e) Pengendalian Senjata Api
• Pengenalan asas
• Kaedah penyimpanan selamat
f) Sasaran Penting & Kawasan Larangan
• Penguatkuasaan arahan tetap Sasaran Penting Negara
• Tarif & kawalan kawasan larangan
| HARI PERTAMA | |
| 0830-0900 | Pendaftaran / Taklimat kursus/ Suai Kenal/ Pembahagian Kumpulan/ Ice Breaking |
| 0900-1000 | PENGENALAN 1.1. Takrif selamat 1.2. Mengujudkan situasi selamat 1.3. Keselamatan Mikro |
| 1000 -1030 | Minum pagi. |
| 1030-1200 | STRATEGI PERANCANGAN KESELAMATAN 2.1 Perancangan awal 2.2 Proses perlaksanaan. 2.3 Membentuk carta organisasi |
| 1200-1300 | KAWALAN DAN PENYELIAAN 3.1 Penyeliaan 3.2 Prosedur dan perundangan 3.3 Aktiviti |
| 1300-1400 | Makan Tengahari, Solat dan Rehat. |
| 1400-1430 | KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA 4.1 Peranan masyarakat dan orang awam 4.2 Memahami asas keselamatan 4.3 Tindakan asas kecemasan |
| 1430 - 1530 | KAWALAN DI PINTU UTAMA 1.1 Pengenalan 1.2 Tugas dan tanggungjawab 1.3 Tatacara komunikasi |
| 1530-1545 | Minum Petang |
| 1545 -1630 | TAPISAN PELAWAT/ KONTRAKTOR SEBELUM MENINGGALKAN PREMIS 2.1 Mengawasi tingkah laku pelawat 2.2 Pematuhan masa 2.3 Pemulangan Semula Pas |
| 1630 - 1700 | PERBINCANGAN & SOAL JAWAB |
| HARI KEDUA | |
| 0830-0900 | “THE QUICK THINKS” |
| 0900-1000 | 1. Pengenalan 2. Tujuan Rondaan 3. Komposisi |
| 1000 -1030 | Minum pagi |
| 1030-1200 | 1. Cara-cara melakukan rondaan 2. Mengekalkan kerahsiaan 3. Perkara yang dilarang |
| 1200-1300 | RONDAAN CEGAH JENAYAH |
| 1300-1400 | Makan Tengahari, Solat dan Rehat |
| 1400-1530 | PENGENDALIAN SENJATA API 1. Pengenalan 2. Penyimpanan 3. Prosedur membawa keluar senjata dan amunisi |
| 1530-1545 | Minum Petang |
| 1545-1630 | SISTEM KESELAMATAN DIGITAL 1. Pengenalan 2. Pemilihan system yang bertepatan 3. Penyeliaan |
| 1630-1700 | GROUP ASSIGNMENT The Group Tasking on Aplication of Crisis Management – Group Discussion lead by Coach/Facilitator. |
| 1700-2030 | Rehat, Solat & Makan Malam |
| 2030-2230 | GROUP DINAMIC ACTIVITIES Group Presentation of Assingment - Evaluate by Coach/Facilitator. |
| HARI KETIGA | |
| 0830-0845 | Negaraku, Bacaan Doa, Lafaz Ikrar dan Amanat Penghulu / Ketua Kumpulan. |
| 0845-0900 | SMART LAWS REVISION – “THE QUICK THINKS” |
| 0900-1000 | SASARAN PENTING NEGARA/KAWASAN LARANGAN & TEMPAT LARANGAN 1. Pengenalan 2. Penguatkuasaan arahan tetap Sasaran Penting Negara 3. Tarif Sasaran Penting Negara |
| 1000-1030 | Minum Pagi. |
| 1030-1300 | 1.Penguatkuasaan kawalan oleh penghuni 2. Langkah-langkah keselamatan fizikal 3. Penguatkuasaan kawalan oleh penghuni |
| 1300-1400 | Makan Tengahari, Solat dan Rehat. |
| 1400-1530 | UJIAN PENILAIAN KURSUS MERANGKUMI SEMUA TAJUK PEMBELAJARAN |
| 1530-1600 | PENILAIAN KURSUS |
| 1600-1700 | MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PENUNTUT TERBAIK. Minum Petang |
Malaysia