KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN POLIS BANTUAN

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN POLIS BANTUAN

Pengenalan

Dalam persekitaran keselamatan korporat yang semakin dinamik dan mencabar, keupayaan modal insan merupakan teras kepada ketahanan dan kecemerlangan organisasi. Pasukan keselamatan, khususnya Polis Bantuan dan anggota penguatkuasa, bukan sahaja dituntut memiliki disiplin dan pengetahuan yang mantap, malah perlu mempamerkan profesionalisme tinggi serta kesedaran keselamatan diri yang konsisten bagi menjamin keberkesanan operasi pada tahap optimum.

Surveillance Synergy Sdn Bhd (SSSB) komited dalam membangunkan modul latihan yang komprehensif, strategik dan berimpak tinggi, dirangka khusus untuk memperkukuh kompetensi anggota secara menyeluruh. Penekanan diberikan kepada penguasaan teknik penggunaan serta pengendalian peralatan operasi seperti T-Baton, selaras dengan prinsip keselamatan, perundangan semasa dan pematuhan kepada standard operasi yang ditetapkan.

Program ini dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dan Jurulatih berpengalaman daripada PDRM yang memiliki kepakaran luas dalam aspek penguatkuasaan, siasatan serta operasi lapangan. Selain pengukuhan teknikal, latihan ini turut memberi penekanan kepada Komunikasi Berkesan Polis Bantuan sebagai komponen strategik dalam pengurusan konflik, kawalan situasi dan interaksi profesional yang berhemah.

Melalui pendekatan latihan yang holistik dan berteraskan nilai integriti, SSSB beriltizam melahirkan anggota yang kompeten, beretika dan berdaya saing tinggi — seterusnya menjadi pemangkin kepada keselamatan, kestabilan dan kelestarian kecemerlangan KPI organisasi secara berterusan.

2. Objektif Program

Di akhir sesi latihan ini, para peserta akan dapat:

i. Memahami secara menyeluruh konsep dan kepentingan keseimbangan kerja serta kehidupan (work-life balance).

ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan dan tekanan dalam persekitaran tugas serta kehidupan peribadi.

iii. Mengaplikasikan prinsip pencak lisan sebagai pendekatan komunikasi yang berhemah, tegas dan profesional.

iv. Mengamalkan strategi pengurusan diri yang harmoni bagi memastikan kestabilan emosi dan keberkesanan prestasi.

v. Membudayakan amalan kerja cemerlang secara konsisten dalam setiap aspek tanggungjawab.

3. Kandungan Kursus

i. Pengenalan kepada Komunikasi Berkesan dan konsep Pencak Lisan dalam persekitaran penguatkuasaan.

ii. Asas dan aplikasi konsep Verbal Judo dalam pengurusan konflik secara profesional.

iii. Prinsip-prinsip utama Seni Pencak Lisan sebagai kaedah komunikasi berhemah dan berstrategi.

iv. Kefahaman tentang kebenaran sejagat serta kehendak individu dan masyarakat dalam interaksi tugas.

v. Pembinaan komunikasi profesional dan berautoriti di tempat kerja.

vi. Teknik mengendalikan serta menangani pelanggan biasa dan pelanggan sukar di kaunter atau melalui telefon.

vii. Analisis karakter subjek dan asas profiling dalam situasi perkhidmatan serta penguatkuasaan.

viii. Aplikasi prinsip LEAPS (Listen, Empathize, Ask, Paraphrase, Summarize) dalam komunikasi efektif.

ix. Konsep Topeng Profesional vs Topeng Peribadi dalam pengurusan emosi dan imej diri.

x. Pengurusan serangan lisan termasuk teknik tangkisan, pantulan, pra-tindakan dan amaran secara beretika.

xi. Latihan praktikal melalui role-play, video case study dan aktiviti simulasi bagi pengukuhan kemahiran.

 

  Hari Pertama
08:00 – 08:30 PENDAFTARAN/TAKLIMAT
08:30 - 10:00 Seni Pencak Lisan
- Pengenalan & Objektif Kursus
- Pembahagian Kumpulan
10:00 – 10:30 Minum pagi
10.30 – 12.30 Komunikatif Umum
- Pemecah Keasyikan & Tanpa Persiapan
- Seni membuat persembahan
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:30 Komunikasi Profesional di Tempat Kerja
- Mengendalikan & Menangani Pelanggan Biasa/Sukan
15:30 – 16:00 Minum Petang
16:00 - 17:30 Komunikasi Profesional di Tempat Kerja
- Di Kaunter/Kuanter Pertanyaan
- Melalui Telefon
TAMAT HARI PERTAMA
 
  Hari Kedua
08:30 – 10:00 Menangani Pelanggan
- Menangani provokasi
- Menyelesaikan masaalah
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Prinsip-Prinsip Seni Pencak Lisan
- Konteks Malaysia &
Kebenaran Sejagat Kehendak Individu / Masyarakat
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:30 Analisa Karakter Manusia
15:30 – 16:00 Minum Petang
16:00 – 17:30 Prinsip LEAPS
- Dengar, Berempati, Bertanya, Parafrasa & Ringkaskan
- Konsep SHOWTIME
Lakonan Peranan / Kajian Kes Video / Aktiviti
TAMAT HARI KEDUA
 
  Hari Ketiga
8:00 – 10:00 Topeng Profesional / Topeng Peribadi
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Serangan Lisan & Teknik Tangkisan / Pantulan / Pra-
Tindakan & Amaran
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 15:30 Analisa Viral / Papan Skor
15:30 – 16:00 Minum Petang
16:00 – 17:00 Persembahan
Lakonan Peranan / Kajian Kes Video / Aktiviti
17:30 TAMAT KURSUS
PENTADBIRAN & BERSURAI