Security Services Training Program

Security Services Training Program

Pendahuluan

Organisasi berteraskan keselamatan memerlukan modal insan yang mantap dari segi ASK – Attitude, Skill, Knowledge & Obedience bagi memastikan kecemerlangan KPI sentiasa terpelihara.

Kursus ini dibangunkan berasaskan Training Needs Analysis (TNA) dan selari dengan Bloom’s Taxonomy, serta disampaikan melalui pendekatan Advance Synergogy (Human Potential) secara fasilitatif, motivasional dan coaching.

Matlamat kami adalah melahirkan anggota Polis Bantuan yang kompeten, berintegriti, bersedia menghadapi cabaran semasa dan mampu menjadi peneraju kecemerlangan organisasi.

Melahirkan Juara. Memperkasa Organisasi.

Objektif Kursus

1. Pemantapan Perundangan & Kompetensi Profesional
Memperkukuh kefahaman berkaitan punca kuasa perundangan, bidang kuasa dan prosedur penguatkuasaan selaras dengan prinsip ASK (Attitude, Skill, Knowledge & Obedience) bagi memastikan pelaksanaan tugas yang sah, tepat dan berintegriti.

2. Penguasaan Strategi & Taktikal Pencegahan
Menggilap keupayaan dalam teknik pencegahan, pemantauan serta pengumpulan maklumat risikan bagi memperkasakan tindakan awal jenayah secara sistematik dan berkesan.

3. Kesiapsiagaan Situasi Kritikal
Membina kecekapan berfikir secara analitikal, bertindak secara profesional dan membuat keputusan pantas berlandaskan perundangan negara dalam situasi luar jangka.

4. Pengukuhan Prosedur Operasi
Memperkemas pelaksanaan prosedur Tangkapan, Pemeriksaan Tubuh, Hak OKT dan Hak Pertahanan Persendirian (Self-Defense) demi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan operasi.

5. Anjakan Paradigma & Kepimpinan Nilai
Membentuk modal insan berdaya saing, inovatif dan beretika tinggi yang bukan sahaja kompeten, malah menjadi pemangkin kepada kelestarian dan kecemerlangan KPI organisasi.

Silibus Kursus Pemantapan Perundangan & Operasi Polis Bantuan
 
1. Pemantapan Kuasa & Bidang Kuasa Polis Bantuan
(Akta Polis 1967 & PTKPN H602)
 
• Kuasa pelantikan oleh KPN & KP Negeri
• Penganugerahan kuasa oleh YDPA
• Status kuasa setaraf Polis ketika bertugas

2. Tindakan Awal Pencegahan Jenayah
(Kanun Prosedur Jenayah)

• Asas perundangan tindakan pencegahan
• Strategi & bentuk pencegahan jenayah
• Kuasa memeriksa butiran diri
 

3. Tangkapan (Am)
(Perlembagaan Persekutuan, Kanun Prosedur Jenayah dan Kes-kes Tangkapan)

• Perundangan tangkapan
• Perbezaan menangkap & menahan
• Kesalahan boleh tangkap

4. Prosedur Tangkapan & Tindakan Operasi
(Perlembagaan Persekutuan, Kanun Prosedur Jenayah dan Kes-kes Tangkapan)

• Tatacara menangkap
• Hak-hak OKT
• Prosedur penggunaan gari

5. Hak Pertahanan Persendirian (Self-Defense)
(Kanun Keseksaan, Perlembagaan Persekutuan, Kanun Prosedur Jenayah dan Kes-Kes Self Defence)

• Pertahanan terhadap tubuh & harta
• Had penggunaan kekerasan
• Aplikasi Seksyen 100 & 103 KK

6. Self-Defense Dalam Operasi
(Kanun Keseksaan, Perlembagaan Persekutuan, Kanun Prosedur Jenayah dan Kes-Kes Self Defence)

• Had & sekatan penggunaan hak
• Prosedur jika dihalang atau dikepung
• Tindakan terhadap ancaman bersenjata / tidak bersenjata
 

7. Penggunaan Senjata Api & Pelepasan Tembakan
(Akta Senjata 1960, Arahan KPN, Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan Kes-Kes Berkaitan)

• Prinsip kemunasabahan & tahap kekerasan
• Tahap minima hingga maksima tindakan
• Prosedur sah pelepasan tembakan

8. Pengendalian Kesalahan Kerap Berlaku
(Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Kawasan, Tempat Larangan 1959, Arahan Tetap dan Kes-Kes Berkaitan)