Tarikh: 1 Julai 2026
Jitra – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) akan melaksanakan program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) kategori domestik mulai Julai ini.
Inisiatif ini turut menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, mengurangkan kos bil elektrik isi rumah serta memupuk amalan penggunaan tenaga yang lebih lestari dalam kalangan rakya.
Program ini menawarkan e-Rebat sebanyak RM200 kepada pengguna domestik yang layak bagi pembelian penyaman udara (aircond) atau peti sejuk yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Energy Commission of Sabah (ECoS).
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 160,000 unit rebat dengan jumlah nilai RM32 juta bagi program tahun 2026 ini.
Untuk menikmati rebat RM200 ini, pemohon mestilah memenuhi kriteria berikut:
Warganegara Malaysia.
Pemilik akaun elektrik domestik (TNB, SESB, SEB, atau NUR Power).
Tidak pernah membuat tuntutan di bawah Program NUR@PETRA 2025.
Membeli peralatan elektrik (aircond atau peti sejuk) yang tersenarai di bawah program dengan label 4 atau 5 bintang.
Sebagai rakan niaga berdaftar, Intan Radio komited membantu anda mendapatkan penjimatan ini dengan cara yang paling mudah.
Kami menawarkan:
Pilihan Terluas: Pelbagai model aircond dan peti sejuk berjenama dengan penarafan 5 bintang.
Khidmat Bantuan: Team kami sedia membantu anda menyemak kelayakan dan memproses tuntutan rebat di kedai.
Pengalaman "Brand Experience": Kunjungi showroom kami di Jitra dan Changlun untuk melihat sendiri teknologi penjimatan tenaga terkini sebelum anda membuat keputusan.
Jangan tunggu sehingga kuota penuh! Kunjungi cawangan Intan Radio hari ini atau hubungi kami melalui WhatsApp 0111-1199-046 untuk semakan kelayakan segera.
#NurPetra2026 #IntanRadio #RebatRM200 #JimatElektrik #KedaiElektrikJitra #KedaiElektrikChanglun
Malaysia