Source
Seni Jaya, antara pemain utama pada industri media pengiklanan luar di Malaysia (OOH) dan digital (DOOH) kini dilihat terus mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran semasa – dengan mengumumkan pemilikan 100% kepentingan Ganad Media.
Dengan pemilikan lebih 600 tapak papan iklan di seluruh Malaysia, perolehan Ganad Media akan membawa penambahan 60 tapak papan iklan kepada Seni Jaya. Kesepakatan bersama Dwi Mewah Sdn Bhd ini dijelaskan membawa kepada nilai peralihan sekitar RM5 juta.
Melalui pemilikan Ganad Media ini, Seni Jaya melihat langkah strategik itu akan meluaskan lagi skala kumpulan khususnya pada pasaran Kuala Lumpur bersama kepelbagaian pelanggan. Mengikut makluman Bursa, peralihan ini perlihatkan pembelian dengan RM3 juta secara tunai dan RM2 juta pula menerusi terbitan 4.95 juta saham.