VERBAL JUDO / MENGURUS DAN MENGAWAL KONFLIK

VERBAL JUDO / MENGURUS DAN MENGAWAL KONFLIK

 

PENGENALAN

Pasukan keselamatan khususnya Polis Bantuan dan anggota penguatkuasa memerlukan disiplin, pengetahuan serta kemahiran komunikasi yang tinggi bagi memastikan tugasan dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

Sehubungan itu, Surveillance Synergy Sdn. Bhd. (SSSB) membangunkan modul Verbal Judo – Mengurus & Mengawal Konflik (Manage & Control Conflict). Modul ini memberi fokus kepada teknik komunikasi berkesan dan kemahiran negosiasi, bagi mengawal tingkah laku, menjana pematuhan secara sukarela serta mencegah konflik daripada menjadi krisis.

Dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dan Jurulatih berpengalaman dari PDRM, kursus ini amat sesuai untuk anggota barisan hadapan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, keselamatan diri serta keberkesanan perkhidmatan keselamatan secara profesional.

OBJEKTIF

Di akhir sesi kursus, peserta akan:

Memperoleh pengetahuan (Knowledge) berkaitan komunikasi berkesan berlandaskan undang-undang Malaysia

Meningkatkan kemahiran (Skill) termasuk asas kawalan diri dan pengurusan konflik

Membentuk sikap (Attitude) profesional ketika melaksanakan tugasan

Meningkatkan keyakinan diri & kesiapsiagaan dalam apa jua situasi pada setiap masa

Kursus ini memperkukuh elemen ASK (Attitude, Skill & Knowledge) bagi melahirkan anggota yang kompeten dan berintegriti.

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini merangkumi topik-topik utama berikut:

Prinsip Verbal Judo
Matlamat & Aplikasi Verbal Judo
Teknik Mengurus & Mengawal Konflik
Cara-Cara Berkomunikasi Secara Berkesan
Kemahiran Rundingan (Negotiation Skills)
Teknik Pengalihan / Lencongan (Deflection & Redirection)
Peningkatan Kemahiran & Profesionalisme
Keselamatan Diri dalam Situasi Berisiko

Modul ini memberi penekanan kepada latihan praktikal dan situasi sebenar bagi memastikan peserta mampu mengawal konflik secara profesional tanpa mencetuskan krisis.

JAM HARI PERTAMA
08:00 – 08:30 Pendaftaran/Taklimat
08:30 - 10:00 Perinsip Verbal Judo
10:00 – 10:30 Minum pagi
10:30 - 12:30 Matlamat Verbal Judo
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 17:00 Latihan Asas Seni Mempertahankan Diri
17:00 – 17:30 Minum Petang / Tamat Hari Pertama

JAM HARI KEDUA
08:00 – 10:00 Mengurus Dan Mengawal Konflik
“manage and control conflict”
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Cara-Cara Berkomunikasi
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 17:00 Latihan Asas Tindakbalas T-Baton
( pisau / kayu )
17:00 – 17:30 Minum Petang / Tamat Hari Kedua

JAM HARI KETIGA
08:00 – 10:00 Kemahiran Rundingan
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Pengalihan atau Lencongan
“ deflection and Redirection”
12:30 – 14:00 Makan Tengahari /Rehat
14:00 – 17:00 Latihan Asas Tindakbalas Serangan
17:00 – 17:30 Minum Petang/Tamat Hari Ketiga

JAM HARI KEEMPAT
08:00 – 10:00 Meningkatkan Kemahiran & Profesionalisme
10:00 – 10:30 Minum Pagi
10:30 – 12:30 Kepentingan Keselamatan Diri
12:30 – 14:00 Makan Tengahari/Rehat
14:00 – 17:30 Ulangkaji Kesemua Mata Pelajaran
- Penilaian Teori dan Praktikal
- Penutup Kursus