Finapack Trading sedang membuka peluang pekerjaan untuk individu yang berminat membina kerjaya dalam bidang jualan, telemarketing dan khidmat pelanggan.
Kami sedang mencari calon yang bersemangat, mempunyai komunikasi yang baik, berdisiplin, rajin belajar dan mampu bekerja dalam pasukan untuk mengisi jawatan:
Jawatan ini sesuai untuk calon yang berminat untuk belajar dalam bidang sales dan customer service. Pengalaman tidak diwajibkan kerana latihan, skrip komunikasi dan bimbingan kerja akan disediakan oleh pihak syarikat.
Calon yang dipilih akan membantu membuat panggilan dan WhatsApp kepada prospek, follow up pelanggan, memperkenalkan produk packaging syarikat, mengemaskini data pelanggan serta membantu team sales dalam urusan harian.
Kami mencari individu yang boleh bercakap dengan jelas, mempunyai attitude kerja yang positif, menepati masa dan tidak malu untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon atau WhatsApp.
Jawatan: Sales Assistant – Telemarketing / Customer Service
Lokasi: Kulim, Kedah
Waktu Kerja: 9.30 pagi – 7.30 petang
Cuti: Jumaat
Gaji Asas: RM1,800 – RM2,000
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Training dan bimbingan akan disediakan kepada calon yang terpilih. Calon juga berpeluang menerima komisen atau incentive berdasarkan prestasi, selain peluang untuk berkembang ke jawatan yang lebih tinggi dalam Sales Department seperti Sales Representative atau Sales Executive.
Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui WhatsApp atau email:
WhatsApp: 0176647562
Email: [email protected]
Bina kerjaya anda bersama Finapack Trading.
Malaysia