Dua Wanita Ditahan Berhubung Kes Tikam Maut Lelaki Rohingya Di Simpang Ampat
🚨 Seorang lelaki Rohingya berusia 31 tahun ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat, Pulau Pinang, manakala seorang wanita turut cedera dan dihantar ke hospital. Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan serta merampas sebilah pisau dipercayai berkaitan serangan itu.