Anthropic Melancarkan Ejen AI Untuk Aliran Kerja Kewangan Sebenar
Anthropic telah melancarkan 10 templat ejen AI yang sedia digunakan untuk tugasan industri kewangan seperti penyediaan pitchbook, saringan KYC, penutupan akhir bulan, semakan penilaian dan penyelidikan pasaran. Pada masa yang sama, Claude juga diintegrasikan dengan lebih mendalam ke dalam aplikasi Microsoft 365 dan penyambung data perusahaan, menjadikan penggunaan AI lebih mudah terus dalam alat dan sistem sedia ada pasukan kewangan. Ini menunjukkan bahawa persaingan AI kini bukan lagi tertumpu semata-mata pada prestasi model, tetapi semakin kepada sama ada AI benar-benar boleh digunakan dalam operasi perniagaan sebenar.