Geran Pembangunan Kapasiti Produk Halal merupakan inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang bertujuan membantu PKS Malaysia meningkatkan keupayaan produk halal serta daya saing di pasaran. Geran ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM30,000 bagi setiap pemohon, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.
Skop sokongan merangkumi latihan dan khidmat nasihat, reka bentuk pembungkusan, pelabelan dan percetakan, pembangunan jenama, pendaftaran MyIPO, ujian nutrisi produk, pembangunan prototaip serta ujian jangka hayat produk.
Pemohon mestilah PKS milik rakyat Malaysia (PMKS), berdaftar dengan SSM, SKM atau pihak berkuasa berkaitan, serta dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia. Perniagaan juga perlu mempunyai sijil halal yang sah (sekurang-kurangnya berbaki 6 bulan) dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
Maklumat ini adalah untuk rujukan umum sahaja. Kelulusan geran adalah tertakluk kepada penilaian dan keputusan akhir oleh pihak KUSKOP. Syarikat kami tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan dan tidak menjamin kelulusan permohonan. Kami sedia membantu perniagaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan produk, standard pembungkusan serta pematuhan keseluruhan.
Malaysia