New Chen Motor Kini Antara Pengedar Elit Yamaha di Malaysia

New Chen Motor Kini Antara Pengedar Elit Yamaha di Malaysia

Satu lagi pencapaian bersejarah buat New Chen Motor! Pada 7 April 2026, dalam siri trip insentif HLYM di Chengdu, China, New Chen Motor Credit Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusan, Dato’ Chen Yeon Hao telah dianugerahkan plak Anugerah Yamaha Top 50 Dealer.

Pengiktirafan ini adalah bukti legasi kecemerlangan syarikat selama 49 tahun. Berada dalam senarai 50 terbaik seluruh negara menguatkan lagi misi kami untuk menjadi destinasi utama peminat Yamaha.Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang sentiasa percaya dan menyokong kami selama ini. Kami akan terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan menuju ulang tahun jubli emas New Chen Motor!