Penjawat awam Persekutuan di Negeri Sembilan bakal terima BKK RM300 sempena Aidilfitri

Penjawat awam Persekutuan di Negeri Sembilan bakal terima BKK RM300 sempena Aidilfitri

SEREMBAN: Seramai 50,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM300 sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan membabitkan peruntukan hampir RM15 juta itu akan disalurkan antara Februari hingga Mac ini atau sebelum sambutan Aidilfitri.