Berbeza dengan pelan U Home 5G di Semenanjung (RM68/bulan, had FUP 1TB),
U Home 5G Borneo menawarkan data tanpa had, tiada sekatan kelajuan, dan tiada caj tambahan.
Ia sesuai untuk penstriman, permainan video, pembelajaran dalam talian dan usahawan SME yang memerlukan sambungan stabil seperti fibre.
Pelanggan yang mendaftar pelan ini dengan kontrak 24 bulan akan menerima router 5G berkualiti permainan secara PERCUMA.
Jika anda sudah memiliki router sendiri, boleh pilih pelan SIM sahaja tanpa kontrak pada harga RM58 sebulan.
Pelan ini hanya berfungsi di Sabah, Sarawak dan Labuan dan tidak boleh digunakan di Semenanjung.
Ia merupakan pelan data sahaja tanpa perkhidmatan suara.
Tiada had kelajuan ditetapkan, namun U Mobile boleh mengurus kelajuan jika terdapat penyalahgunaan atau penggunaan melampau.
Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata:
“Kami teruja untuk memperluaskan rangkaian jalur lebar 5G rumah dengan U Home 5G Borneo, direka khas untuk pelanggan Malaysia Timur. Dengan harga RM58 sebulan, pelanggan boleh menikmati pengalaman digital tanpa had di rumah atau pejabat.”