Goldfinch Jewelry dengan bangganya telah mengambil bahagian sebagai penganjur dalam program “Naungan Kasih: Sentuhan Autisme” pada tahun ini.
Program ini yang menekankan kesedaran mengenai sindrom autisme telah dianjurkan oleh Yayasan Perak dengan sokongan badan-badan berkanun, agensi kerajaan serta rakan penganjur lain. Kami berbesar hati kerana dapat menyumbang sedikit usaha bagi menyokong tujuan murni ini.
Lebih istimewa, kami juga berpeluang bertemu dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, yang sudi berangkat mencemar duli untuk memeriahkan majlis.