Pening kepala bila nampak terlalu banyak istilah marketing? Jangan risau—kami ringkaskan istilah pemasaran paling biasa digunakan dengan penjelasan mudah untuk anda faham dengan cepat.
Kos setiap klik. Merujuk kepada jumlah yang anda bayar setiap kali seseorang klik pada iklan anda.
Kadar klik. Merujuk kepada berapa ramai yang benar-benar klik selepas melihat iklan anda.
Formula: CTR = Klik ÷ Paparan.
Semakin tinggi CTR, semakin menarik iklan anda.
Pulangan pelaburan. Mengukur berapa banyak pulangan yang anda dapat berbanding kos pemasaran yang telah dibelanjakan. ROI yang tinggi menunjukkan pemasaran anda lebih berkesan.
Kadar penukaran. Merujuk kepada peratusan pelawat yang melengkapkan tindakan yang anda inginkan, seperti mengisi borang atau membuat pembelian.
Kadar lantunan. Merujuk kepada peratusan pelawat yang meninggalkan laman web tanpa melakukan sebarang tindakan. Jika kadar terlalu tinggi, mungkin laman tidak cukup menarik atau tidak relevan.
Bilangan paparan. Setiap kali iklan atau kandungan anda dipaparkan pada skrin pengguna. Walaupun tiada klik, setiap paparan dikira sebagai satu impression.
Bilangan individu unik yang melihat iklan anda. Berbeza dengan impressions, reach mengira orang sebenar, memberi gambaran lebih jelas tentang saiz audiens anda.
Pengoptimuman enjin carian. Proses mengoptimumkan laman web supaya mendapat kedudukan lebih tinggi di Google dan menarik lebih banyak trafik organik.
📝 Sedang mencari lebih banyak tips pemasaran digital? Nantikan kemas kini kami yang seterusnya!