Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa perkhidmatan permohonan e-Ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian telah boleh diakses menerusi Postal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my/) mulai 5 Mac 2025.
Inisiatif ini diperkenalkan bagi memudahkan pembayar cukai membuat permohonan ansuran baki cukai atau tunggakan cukai dan mendapatkan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. Pelaksanaan e-Ansuran ini diharap dapat membantu pembayar cukai dalam memenuhi tanggungjawab percukaian mereka dengan lebih mudah, fleksibel dan teratur.
Kriteria layak untuk memohon perkhidmatan e-Ansuran:
- Jumlah amaun permohonan melebihi RM 300.00 dan ke atas.
- Jumlah bilangan ansuran adalah dua (2) hingga enam (6) kali sahaja.
- Melibatkan ansuran cukai pendapatan sahaja (termasuk sebarang kenaikan, jika berkenaan).
- Tidak melibatkan ansuran yang sedang berkuatkuasa.
Sebagai maklumat tambahan, sebarang pembatalan permohonan e-Ansuran hanya boleh dilakukan di pejabat HASiL.
Sumber Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia https://www.ctim.org.my/download/?file=/14/5bdaea56fcfd1eddd3daad758712d19e.pdf