Langsir blackout semakin popular dalam dekorasi rumah moden. Tapi persoalannya — berbaloi ke beli langsir blackout? Apa kelebihan sebenar, dan ada ke kekurangan yang perlu kita tahu?
Jom kak Wani kongsikan kebaikan dan kelemahan langsir blackout supaya korang boleh buat keputusan bijak sebelum membeli!
Langsir blackout direka untuk menghalang cahaya daripada menembusi masuk, menjadikannya sesuai untuk:
Bilik tidur
Bilik bayi
Ruang menonton TV / Home theater
π Privasi juga lebih terjaga , tiada siluet dari luar.
Fabrik tebal langsir blackout boleh bertindak sebagai penebat haba, menjadikan bilik:
Lebih sejuk pada hari panas
Mengurangkan penggunaan aircond
Walaupun bukan kalis bunyi sepenuhnya, langsir blackout membantu:
Kurangkan bunyi trafik, jiran atau haiwan
Menambah suasana tenang & damai
Cahaya matahari boleh memudarkan warna sofa, karpet & perabot kayu. Langsir blackout bantu:
Lindungi pelaburan anda
Kekalkan warna dalaman rumah
Disebabkan bahan tebal & berkualiti tinggi, langsir blackout biasanya:
Lebih mahal daripada langsir biasa
Tapi jangka hayat juga lebih panjang
Langsir tebal boleh menghalang angin masuk, menjadikan bilik:
Rasa tertutup atau kurang segar jika tiada sistem pengudaraan baik
Kalau rumah anda berkonsep scandinavian, minimal atau industrial, blackout mungkin nampak terlalu berat jika tidak digabungkan dengan sheer.
Gabungkan blackout + sheer untuk keseimbangan pencahayaan
Pilih warna cerah untuk elak bilik nampak suram
Pastikan saiz menutup seluruh tingkap untuk kesan maksimum
YA, jika anda:
Perlukan bilik yang gelap sepenuhnya
Tinggal di kawasan panas atau bising
Mahu suasana rumah lebih sejuk & privasi maksimum
π Lokasi: Denai Alam & Setia Alam
π§ Email: [email protected]
π² WhatsApp kami sekarang: Klik Sini