Hai! Saya Kiwie!
Pernah terfikir bagaimana kita sebagai jurujual boleh jana prospek melalui Google atau jadi terkenal dengan mudah di Google?
Jangan risau! Ini caranya!
Suatu hari saya bosan dan cuba gunakan nama saya sendiri sebagai idea untuk SEO Google.
Yang mengejutkan, bila saya cari “Perodua Kiwie”, ia keluar di halaman pertama Google!
Malah, kata kunci seperti “Hardware Kiwie” atau “Furniture Kiwie” pun boleh muncul.
Kadang-kadang orang kenal kita tapi tak jumpa nama kita di Google, dan akhirnya kita hilang pelanggan berpotensi.
Bukan sahaja guna nama kita untuk tingkatkan kesedaran jenama, tapi dengan guna nama produk, maklumat produk atau lokasi produk juga boleh bantu jana pelanggan dari Google.
Contohnya: “Perodua JB”, “Perodua Setapak”, “Perodua Miri”.
Kata kunci seperti ini memang disasarkan kepada kawasan yang dekat dengan pelanggan.