Lawatan TNB PTD ke Kilang dan Warehouse Tekno Bumi Sdn Bhd
Pada 18 Julai 2025, Tekno Bumi Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada wakil TNB Plan To Deliver (PTD) (Grid&DN), Corporate Division ,iaitu En. Syafiq dan En. Hamlyn, ke kilang dan warehouse syarikat.
Lawatan ini bertujuan untuk menyaksikan secara langsung proses pemasangan (assembly) produk Insulation Piercing Connector (IPC) jenama Michaud yang dijalankan di kilang Tekno Bumi Manufacturing Sdn Bhd (TBM), iaitu anak syarikat milik penuh Tekno Bumi Sdn Bhd.
Selain itu, para pelawat juga berpeluang melihat dengan lebih dekat proses Product Inspection (PI) yang dijalankan oleh pihak TNB LAB di makmal ujian milik syarikat. Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam membina keyakinan terhadap kawalan kualiti dan keupayaan teknikal TBM sebagai pengeluar tempatan.