Nak upgrade iPhone flagship terbaru? Tunggu dulu. Ketahui perbezaan sebenar antara iPhone baru dan model lama sebelum anda buat keputusan.
Setiap kali Apple launch iPhone flagship terbaru, timeline penuh dengan orang share, review, unboxing dan comparison video. Ramai terus rasa macam, “Eh, kena upgrade ni.”
Tapi kalau kita fikir betul-betul,adakah beza antara iPhone flagship terbaru dengan iPhone 1–2 generasi lama tu betul-betul besar?
Atau sebenarnya kita cuma terpengaruh dengan hype dan marketing?
Ya, memang betul iPhone flagship ada chipset paling latest, lebih powerful dan lebih efficient.
Tapi untuk penggunaan harian seperti:
Instagram / TikTok
YouTube
Ambil gambar
Main game biasa
iPhone model lama pun masih smooth dan responsive.
Kalau bukan heavy user atau buat video editing level pro, beza performance tu sebenarnya susah nak rasa dalam daily usage.
Setiap tahun Apple akan promote:
Better low light
More zoom
Pro features
New camera sensor
Memang ada improvement. Tapi soalan penting:
Adakah anda guna semua feature tu?
Kalau gambar sekadar untuk social media, family photo dan daily use iPhone generasi lama pun dah more than enough.
Ramai lepas beli baru, akhirnya guna camera macam biasa juga.
Walaupun design ada tweak sikit setiap tahun, overall experience masih sama:
iOS interface sama
Ecosystem sama
Apps sama
From user experience point of view, tak banyak benda yang betul-betul “wow sangat” sampai ubah cara kita guna phone.
Yang paling obvious sebenarnya bukan performance.
Tapi harga.
iPhone flagship terbaru datang dengan harga premium. Bila compare dengan model lama yang masih powerful, kadang beza harga tu boleh cecah ribuan ringgit.
Dan selepas beberapa bulan, model tu pun akan turun harga bila next model launch.
Di situ ramai mula rasa:
“Eh, patut ke aku bayar sebanyak ni?”
Kelebihan iPhone adalah long-term software support. Model lama masih dapat iOS update, security patch dan app compatibility untuk beberapa tahun.
Maksudnya, walaupun bukan model terbaru, phone masih relevant dan stable.
Kalau anda:
Content creator serious
Perlukan camera paling advanced
Mahu performance paling tinggi tanpa kompromi
Flagship memang sesuai.
Tapi kalau anda:
Guna untuk daily use
Nak value for money
Tak kisah bukan model paling latest
Model lama sebenarnya masih sangat solid.
Vietnam