MEMBRAN KALIS AIR DAN PENGEDAP SISI LUAR UNTUK SAMBUNGAN – BERASASKAN GETAH BUTIL & POLYOLEFIN
Penerangan
Corkjoint J-Seal CJ-212 Butyl Rubber & Polyolefin Backed Waterproofing and Exterior Joint Sealing Membrane ialah sistem khas dan unik yang direka untuk memberikan penghalang air dan tanah yang kekal dan fleksibel pada sambungan elemen konkrit tuang siap, sama ada di atas mahupun di bawah tanah. Ia lazim digunakan dalam projek pembinaan untuk mengedap sambungan antara bahan yang berlainan seperti konkrit dengan keluli, atau konkrit dengan batu-bata/batuan.
Gabungan getah butil dan lapisan belakang polyolefin pada J-Seal CJ-212 memberikan lekatan yang sangat baik pada pelbagai jenis substrat, manakala lapisan kalis airnya pula memberikan perlindungan terhadap kemasukan air. Membran ini boleh dipasang dengan cepat dan mudah tanpa memerlukan peralatan khas atau sumber haba.
J-Seal CJ-212 biasa digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti lapisan bangunan, dek plaza, balkoni, tempat letak kereta bertingkat, dan aplikasi pengedapan sambungan luar yang lain. Serbaguna, mudah dipasang dan tahan lama — menjadikannya pilihan utama dalam kalangan arkitek, jurutera dan kontraktor. Produk ini adalah sebahagian daripada rangkaian produk Sistem Pengedap kami.
Kegunaan
Ruang konkrit bawah tanah (Underground Concrete Vaults)
Struktur jambatan bersegmen
Struktur kumbahan dan jambatan berbentuk gerbang
Lubang pemeriksaan (Manholes)
Kelebihan
Rintangan yang sangat baik terhadap tusukan, koyakan dan geseran
Melekat dengan kuat pada struktur konkrit dan logam
Memberikan penghalang air dan tanah yang fleksibel dan kekal
Tidak mengecut, mengeras atau teroksida walaupun selepas jangka masa panjang
Kekangan
J-Seal CJ-212 tiday disyorkan untuk digunakan pada sambungan pengembangan (expansion joints) atau sambungan yang aktif bergerak
Pemasangan
Sapukan satu lapisan Primer Pelekat CJ-200-15 pada permukaan konkrit yang bersih dan kering menggunakan roller, berus atau penyembur. Biarkan primer menjadi melekit (masa pengeringan anggaran 10-20 minit pada suhu 30°C, bergantung kepada suhu persekitaran) sebelum memasang membran J-Seal CJ-212. Kadar penggunaan adalah lebih kurang 5–7 m² seliter, bergantung pada keadaan dan kadar poros permukaan konkrit. Sapuan mestilah sekata dan menyeluruh.
Untuk memasang membran J-Seal CJ-212 pada sambungan, tanggalkan lapisan kertas pelindung dari bahagian pelekat dan tampalkan membran ke permukaan konkrit yang telah disapu primer, dengan bahagian getah butil menyentuh terus pada konkrit. Teruskan sepanjang sambungan dengan menanggalkan kertas pelindung sambil menggulung dan menampal membran.
Tekan seluruh permukaan membran dengan kuat menggunakan roller permukaan sederhana atau keras, atau secara manual, bagi memastikan lekatan penuh dan menghilangkan poket udara. Di bahagian tepi, sudut dan kawasan sukar, gunakan tekanan tangan atau jari untuk memastikan lekatan yang sempurna.
Untuk penyambungan antara dua membran, sediakan tumpang tindih (overlap) kira-kira 50mm dan tekan dengan kuat bahagian bertindih untuk memastikan sambungan benar-benar kedap.
Sila rujuk risalah produk untuk gambar-gambar pemasangan.
Pembungkusan & Dimensi
Ketebalan: 1.65mm
100mm (W) x 15.24m (L)
150mm (W) x 15.24m (L)
200mm (W) x 15.24m (L)
225mm (W) x 15.24m (L)
300mm (W) x 15.24m (L)
600mm (W) x 15.24m (L)
900mm (W) x 15.24m (L)
1200mm (W) x 15.24m (L)
Ketebalan: 2.50mm
100mm (W) x 15.24m (L)
150mm (W) x 15.24m (L)
200mm (W) x 15.24m (L)
225mm (W) x 15.24m (L)
300mm (W) x 15.24m (L)
600mm (W) x 10.60m (L)
800mm (W) x 10.60m (L)
1200mm (W) x 8.00m (L)
Malaysia