PENGEDAP SAMBUNGAN POLIURETANA
Penerangan
CORKJOINT J-Seal® PU1 ialah pengedap sambungan poliuretana satu komponen (one-component, gun-grade) dengan kekuatan lekatan yang tinggi. Ia mengeras melalui penyerapan kelembapan atmosfera untuk membentuk pengedap yang kukuh dan anjal, sesuai digunakan pada sambungan pengembangan sederhana, sambungan binaan dan sambungan kawalan dalam struktur konkrit dan batu-bata. J-Seal® PU1 boleh digunakan pada aplikasi mendatar dan menegak, memastikan ketahanan serta prestasi dalam pelbagai keadaan persekitaran.
Kelebihan
Pengerasan cepat, sedia untuk digunakan, tidak perlu bancuhan
Kekuatan tinggi dengan keanjalan dan kelenturan yang cemerlang
Rintangan cuaca yang unggul, tidak berubah warna
Tahan lasak dengan ciri pemulihan yang baik
Boleh dilalui pejalan kaki – sesuai untuk laluan, tangga, kaki lima dan lantai konkrit
Keupayaan pergerakan: 100% pengembangan / 50% pemampatan
Lebar sambungan sehingga 50mm maksimum
Lekatan yang sangat baik pada kebanyakan substrat binaan
Tidak meninggalkan kesan kotoran pada kebanyakan substrat (VOC rendah)
Boleh dicat selepas 1 hari aplikasi (keserasian cat perlu diuji)
Diuji dan mematuhi standard ASTM C-920 : 2018 (Elastomeric Joint Sealants)
Aplikasi
Sambungan binaan dan sambungan pengembangan pada lantai serta dinding konkrit
Sambungan konkrit pratuang (precast)
Sambungan pengembangan batu-bata dan tembok
Pengedapan perimeter (tingkap, pintu, bingkai aluminium)
Glazing struktur & sambungan dinding tirai (curtain wall)
Sambungan dinding parapet, lantai dan kaki lima
Pembaikan rekahan konkrit (ikut syarat lebar sambungan minimum)
Aplikasi bilik mandi dan dapur
Had / Batasan
J-Seal® PU1 tidak disyorkan untuk:
Sambungan di atas kepala (overhead joints)
Sambungan dengan Movement Accommodation Factor (MAF) > 50%
Permukaan lembap atau tercemar
Permukaan asfalt atau bitumen
Pengecatan dengan cat enamel atau cat kaku (uji keserasian sebelum cat)
Aplikasi luaran warna putih/off-white (akan kekuningan jika terdedah UV)
Pendedahan berterusan dalam air berklorin, air masin atau genangan air (contoh: kolam renang, spa)
Sambungan melebihi 50mm atau kurang daripada 5mm (lebar & kedalaman)
Aplikasi glazing tertentu
Keadaan beban titik tinggi atau tajam
Warna
Kelabu
Kelabu Muda (Atas permintaan)
Hitam (Atas permintaan)
Putih (Atas permintaan)
Pembungkusan
600 ml / sosej (20 sosej / kotak)
Lebih maklumat tentang PINTAS TRADING SDN BHD
Malaysia