SALUTAN PELINDUNG EMULSI BITUMEN
Penerangan
Nitoproof 10 ialah cecair berwarna coklat/hitam yang terdiri daripada campuran bitumen terpilih yang diemulsikan dengan air bagi menghasilkan salutan pelindung yang mudah digunakan.
Kegunaan
Bertindak sebagai membran kalis lembap dan penghalang wap untuk konkrit dan batu-bata. Ia juga boleh digunakan sebagai salutan pelindung untuk konkrit di bawah tanah.
Salutan pelindung asas bangunan
Membran pengerasan (curing membrane)
Ciri-ciri & Kelebihan
Mudah digunakan
Menjimatkan penggunaan
Pelbagai guna – sebagai salutan pelindung dan juga membran pengerasan
Tidak mengandungi pelarut – tiada risiko kesihatan
Tahan terhadap serangan ion klorida dan sulfat yang terdapat dalam air bawah tanah
Melekat dengan baik pada pelbagai jenis permukaan termasuk konkrit, keluli, gabus dan kayu
Warna
Coklat/Hitam
20 L / tong
200 L / dram