BAHAN PEMBAIKAN SIMENITUS MENGALIR YANG MEMPUNYAI DUA MEKANISME KOMPENSASI PENGECUTAN UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKAN MENGGUNAKAN ACUAN
Penerangan
Sika® Microcrete-2000 ialah mikro konkrit pra-campur yang mempunyai ciri pengecutan dikompensasi dalam kedua-dua keadaan plastik dan keras. Ia mempunyai ciri aliran yang sangat baik dan dibangunkan khusus untuk mengurangkan penjanaan haba, membolehkan kerja pembaikan dalam jumlah yang besar dilakukan tanpa perlu menambah agregat tambahan. Dengan kandungan silika fume yang tinggi serta campuran simen teradun, bahan ini menghasilkan mortar pembaikan yang sangat padat, kalis air, dan tahan lama. Sika® Microcrete-2000 mengandungi simen teradun, silika fume, gentian, agregat terpilih serta bahan tambahan yang memberikan pengembangan terkawal dalam keadaan plastik dan keras.
Kegunaan
Ia amat sesuai untuk kerja-kerja pembaikan yang memerlukan penempatan tunggal dengan ketebalan melebihi 25 mm, seperti:
Tiang dan rasuk jambatan
Cerucuk jeti
Cerucuk konkrit
Alur limpah (spillways)
Empangan
Aplikasi penggroutan
Sika® Microcrete-2000 boleh diaplikasikan menggunakan kaedah tuangan secara graviti atau pengepaman mekanikal.
Ciri-Ciri & Kelebihan
Dibungkus secara pra-campur di kilang / kualiti konsisten
Mudah dibancuh dan diaplikasikan
Ciri aliran yang sangat baik
Sesuai untuk pembaikan berskala besar
Kekuatan akhir yang tinggi
Sangat padat dan tahan lama
Tidak toksik dan tidak mengakis
Bebas klorida dan besi
Tahan hentakan dan getaran
Sistem pengembangan berasaskan gas untuk mengimbangi pengecutan plastik
Sistem pengembangan kristal terkawal untuk mengimbangi pengecutan dalam keadaan keras
Warna
Serbuk kelabu konkrit
Pembungkusan
25 kg / beg
Malaysia