Flexi Board adalah papan kayu lentur berkualiti tinggi, direka khas untuk rawatan refleksologi kaki dan juga sebagai inclined board untuk membantu mengekalkan kesihatan badan secara menyeluruh.
Refleksologi telah diamalkan beribu-ribu tahun dahulu di China, Mesir, dan India. Kini ia menjadi terapi semulajadi yang popular kerana memberikan manfaat besar, terutama dalam memberikan relaksasi mendalam.
Refleksologi kaki adalah merujuk kepada titik-titik refleks yang telah dipetakan di tapak kaki. Setiap titik refleks bersambung dengan organ atau bahagian badan tertentu. Berbeza dengan urutan biasa yang fokus pada otot dan tisu lembut, refleksologi menekankan tekanan pada titik-titik saraf di kaki.
Tekanan yang diberikan tidak sepatutnya menyakitkan, walaupun mungkin ada rasa tidak selesa atau sensitif jika badan anda berada dalam keadaan tekanan tinggi. Tekanan berterusan akan mengurangkan rasa sensitif tersebut.
Tekanan pada titik refleks merangsang saraf dan menghantar maklumat ke otak dan sistem saraf, membantu melancarkan aliran tenaga dan memecahkan asid laktik serta kristal kalsium yang terkumpul, sekaligus menyokong proses penyembuhan badan secara semulajadi.
Memberi relaksasi dan mengurangkan stres
Meningkatkan peredaran darah dan merangsang saliran limfa
Membantu proses pembuangan toksin
Melegakan sakit dan ketegangan otot
Membantu masalah penghadaman dan pembuangan
Membantu proses penurunan berat badan
Meningkatkan kualiti tidur
Meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal
Untuk pemula, berdiri bersandar pada dinding untuk keseimbangan
Pastikan badan dan kaki berada dalam posisi lurus
Lakukan pemanasan badan dengan menggerakkan tangan dan badan sambil kaki dan lutut kekal lurus
Ikut arahan latihan yang disediakan dalam manual atau cipta sendiri latihan refleksologi anda
Amalkan selama 20 minit setiap hari. Selepas sesi, minum segelas air untuk bantu flush toksin
Jangan lakukan latihan sejurus selepas makan; tunggu sekurang-kurangnya 2 jam
Sesuai untuk lelaki dan perempuan dari semua peringkat umur
Tidak sesuai untuk wanita mengandung
Muatan maksimum: 90 kg
Manual latihan disediakan bersama papan
Video latihan boleh ditonton di sini:
https://cvf.shopee.com.my/file/a5fc189dc2b857ac84a1c108df8876ae
Dapatkan Flexi-Board & Inclined Board ini sekarang untuk sokongan kesihatan dan kesejahteraan anda secara holistik melalui refleksologi kaki!
More detail about Fastlite Electric Marketing