Gamuda Berhad ditubuhkan pada tahun 1976 dan beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor. Syarikat ini merupakan salah satu kumpulan infrastruktur, pembinaan kejuruteraan dan pembangunan hartanah terbesar di Malaysia yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Melalui Gamuda Green Plan 2030, kumpulan ini sedang mempercepat pembangunan aset tenaga boleh diperbaharui dengan sasaran sehingga 3GW tenaga solar, angin dan hidro sambil bergerak ke arah sasaran sifar bersih menjelang 2050.
| Solar Berskala Utiliti | Pelaburan dan pembangunan projek solar berskala besar termasuk loji photovoltaic ground-mounted dan aset tenaga serantau. |
| Aset Tenaga Hijau Bersepadu | Pembangunan sistem tenaga solar, angin, hidro, floating solar dan pumped hydro. |
| BESS dan Sokongan Grid | Sistem penyimpanan tenaga bateri dan peningkatan rangkaian penghantaran bagi menyokong integrasi tenaga bersih. |
| Bandar Hijau dan Solar Bumbung | Penyelesaian solar rooftop dan smart microgrid melalui pembangunan bandar dan hartanah seperti Gamuda Land. |
Gamuda mempunyai keupayaan pembinaan CIDB G7 serta pengalaman kukuh dalam pembangunan infrastruktur utama, pembinaan IBS digital, bangunan hijau dan pembiayaan projek berskala besar.
Berbanding syarikat solar biasa, kelebihan Gamuda terletak pada keupayaan lengkap meliputi perancangan tanah, pelaburan, pembinaan EPCC, pembangunan infrastruktur dan operasi aset jangka panjang.
Gamuda beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor dengan operasi di seluruh Malaysia serta kehadiran antarabangsa di Australia, Taiwan, Vietnam, Singapura dan United Kingdom.
Malaysia