Kejelasan premium seperti kaca.
Rintangan tinggi terhadap degradasi UV, sesuai digunakan dengan pensteril UV (botol sahaja).
Direka untuk keselesaan bagi membantu mengurangkan kekeliruan puting.
Garis Latch-on berfungsi sebagai panduan visual untuk membantu bayi melekap dengan betul.
Puting berleher lebar dengan bentuk melengkung lembut untuk menyokong pelekapan bayi yang baik.
Kelembutan, fleksibiliti dan keanjalan puting melengkapi pergerakan lidah bayi.
Sistem Anti-Colic mengurangkan pengambilan udara semasa penyusuan.
Bebas BPA / BPS.
Selepas setiap penggunaan, basuh dengan teliti menggunakan Pigeon Liquid Cleanser dan lakukan pensterilan. Gunakan berus span untuk mencuci botol plastik.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Manual Arahan.
Atas sebab keselamatan dan kebersihan, adalah disyorkan untuk:
Menukar puting sekurang-kurangnya setiap 2 bulan, dan menukar botol setiap 4–6 bulan atau apabila ia mula berubah warna dan/atau menjadi keruh.
Menggunakan 2 atau lebih puting secara bergilir selama kira-kira 2 bulan sebelum menggantikannya.
Menukar puting lebih awal jika perlu, tanpa mengira kekerapan penggunaan, bagi mengelakkan kehausan puting.
Kaedah Pensterilan: Rebusan, Stim, Kimia, UV^.
Pastikan disterilkan sebelum setiap penggunaan.
| Bahagian | Bahan | Ketahanan Haba |
|---|---|---|
| Botol | Poly-cyclohexylene Dimethylene Naphthalate (T-Ester#) 100% | 120°C |
| Puting | Getah Silikon 100% | 140°C |
| Penutup, Hud | Polypropylene (PP) | 120°C |
^Disyorkan untuk menggantikan produk apabila ia mula berubah warna dan/atau menjadi keruh.
Penyedutan cecair secara berterusan dan berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan gigi.
Sentiasa periksa suhu makanan sebelum penyusuan.
Buang produk pada tanda pertama kerosakan atau kelemahan.
Simpan semua komponen yang tidak digunakan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Jangan sesekali mengikat pada tali, reben, tali kasut atau bahagian pakaian yang longgar kerana ia boleh menyebabkan risiko tercekik.
Jangan gunakan puting sebagai alat penenang (soother).
Sentiasa gunakan produk ini di bawah pengawasan orang dewasa.
Botol susu hanya untuk memberi susu atau cecair lain kepada bayi; jangan gunakan untuk tujuan lain.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan kandungan kerana pemanasan tidak sekata boleh menyebabkan suhu tinggi setempat yang berisiko melecurkan bayi.
Malaysia