Mackie MP-120 Monitor Dalam Telinga Profesional direka khas untuk pemuzik, penyanyi dan jurutera bunyi yang memerlukan pemantauan audio tepat dan konsisten di atas pentas. Dilengkapi dengan pemacu dinamik tunggal bersaiz besar, MP-120 mampu menghasilkan bass yang padu tanpa mengorbankan kejelasan frekuensi tinggi dan perincian vokal. Diiktiraf sebagai Pemenang ProSoundWeb & Live Sound International Reader’s Choice Award, MP-120 membuktikan kualitinya sebagai pilihan IEM profesional yang boleh dipercayai.
Pemacu dinamik tunggal berkualiti tinggi untuk bunyi seimbang dan semula jadi
Bass mantap dengan vokal jelas dan artikulasi frekuensi tinggi yang baik
Direka untuk pemantauan pentas profesional (In-Ear Monitoring)
Pengasingan bunyi pasif membantu fokus semasa persembahan live
Reka bentuk ergonomik & selesa, sesuai untuk penggunaan jangka panjang
Binaan kukuh, sesuai untuk touring dan penggunaan harian
Pemenang Reader’s Choice Award – ProSoundWeb & Live Sound International
Mackie MP-120 ialah penyelesaian ideal untuk:
Penyanyi dan pemuzik yang memerlukan monitor dalam telinga yang jelas & stabil
Persembahan live sound, pentas gereja, konsert dan acara
Jurutera bunyi yang mahu pemantauan tepat tanpa gangguan bunyi luar
Pengguna yang mahukan IEM profesional dengan harga berpatutan
Dengan MP-120, anda mendapat monitor dalam telinga yang boleh dipercayai, selesa dan berprestasi tinggi, membolehkan anda memberi tumpuan sepenuhnya pada persembahan.
Lebih maklumat tentang BG Sound & Light Sdn Bhd
Malaysia