Mata Jernih & Insang Merah
Ikan kampung yang segar mempunyai mata yang jernih dan bersinar, serta insang merah/jambu (bukan coklat). Mata keruh atau insang gelap biasanya tanda ikan sudah lama.
Ikan kampung yang segar mempunyai mata yang jernih dan bersinar, serta insang merah/jambu (bukan coklat). Mata keruh atau insang gelap biasanya tanda ikan sudah lama. Ikan kampung sepatutnya berbau bersih dan sedikit masin laut. Bau masam, ammonia, atau terlalu “hanyir” ialah tanda amaran. Tekan isi ikan perlahan—ikan yang elok akan kembali semula (spring back). Isi lembik atau lekuk yang kekal boleh menandakan kurang segar. Cari kulit yang berkilat dengan sisik yang masih elok dan tidak mudah tertanggal. Kulit kusam boleh menandakan simpanan terlalu lama. Ikan yang dijaga baik mempunyai lebam yang minimum dan perut tidak pecah. Kerosakan mungkin akibat pengendalian kasar atau rantaian sejuk yang lemah. Untuk bekalan B2B, saiz, kebersihan dan tahap segar yang konsisten setiap penghantaran membantu kekalkan kualiti menu dan hasil (yield) yang stabil. Paling biasa untuk masakan stim, kari, goreng dan sup. Sesuai untuk premis yang boleh proses dan masak pada hari yang sama. Bagus untuk perancangan stok jika dibekukan dengan betul. Pilih ikan dengan glazing yang elok dan freezer burn minimum untuk tekstur yang lebih baik. Seekor bulat, siap dibuang perut & dibersihkan, potongan/steak, fillet (ikut spesies), atau pek portion untuk restoran dan katering. Simpan ikan atas ais atau dalam chiller dan elakkan perubahan suhu. Rantaian sejuk yang stabil menjaga tekstur dan mengurangkan bau. Buang isi perut dan bilas sekejap jika perlu, kemudian tos hingga kering. Air berlebihan menjejaskan rasa dan boleh menyebabkan kuah jadi berair. Ikan kampung paling sedap dimasak secepat mungkin selepas diterima. Jika mahu bekukan, potong siap-siap dan bekukan cepat untuk lindungi tekstur.Faktor Kualiti Utama Yang PERLU Diperiksa oleh Pembeli
Mata Jernih & Insang Merah
Bau Laut Yang Bersih
Isi Pejal
Kulit Berkilat & Sisik Rapat
Keadaan Badan
Konsistensi Batch
Ikan Kampung: Format & Kegunaan Biasa
Seekor (Segar/Chilled)
Beku (Seekor/Portion)
Format Biasa
Tip Pengendalian & Penyimpanan
Kekalkan Sejuk (0–4°C)
Bersih & Tos Dengan Betul
Masak Ketika Masih Segar
Soalan Lazim (FAQ)