Pejal & Kenyal Bila Digigit
Sesungut sotong yang berkualiti sepatutnya pejal dan kenyal, bukan terlalu lembik atau liat. Tekstur yang hancur/lembik biasanya tanda dinyahbeku lalu dibekukan semula atau pengendalian yang kurang baik.
Sesungut sotong yang berkualiti sepatutnya pejal dan kenyal, bukan terlalu lembik atau liat. Tekstur yang hancur/lembik biasanya tanda dinyahbeku lalu dibekukan semula atau pengendalian yang kurang baik. Sesungut sotong patut berbau segar dan sedikit masin (briny). Bau masam, ammonia, atau “hanyir” yang kuat selalunya petanda ia sudah rosak. Lapisan glaze nipis membantu lindungi kualiti. Tetapi kristal ais yang tebal atau frost berlebihan boleh menandakan dehidrasi atau suhu simpanan yang tidak stabil. Saiz yang seragam memudahkan masak sekata dan bantu kawal portion. Campur saiz biasanya buat tahap masak tak sama dan lebih banyak pembaziran. Sesungut yang nampak segar ada warna semula jadi (keunguan/kelabu) tanpa kekuningan. Lendir berlebihan, tompok, atau perubahan warna boleh menandakan ia sudah lama atau kualiti menurun. Periksa jika ada pasir, sisa dakwat, atau terlalu banyak bahagian yang patah. Proses yang lebih bersih memudahkan kerja dapur dan hasil hidangan nampak lebih cantik. Sesuai untuk premis yang pusingan stok cepat. Bagus untuk bakar, goreng tumis, dan platter makanan laut jika dikendalikan dengan kawalan suhu yang ketat. Paling biasa untuk bekalan B2B. Senang untuk stok yang konsisten—terutama pek IQF untuk portioning mudah dan persediaan yang cepat. Sesungut mentah (dibersihkan), sesungut yang dicelur/precooked, pek IQF berasingan, blok beku, atau pek perapan sedia masak. Nyahbeku perlahan dalam chiller untuk kurangkan “drip loss” dan kekalkan tekstur pejal. Elakkan nyahbeku guna air suam untuk penggunaan pukal. Sotong akan jadi liat bila terlebih masak. Masak cepat pada api besar (tumis/bakar) atau reneh perlahan—elakkan masa masak “tanggung” (tak cepat, tak lama). Tepuk kering selepas nyahbeku/bilas supaya lebih mudah perang keemasan dan tidak berair, terutama untuk goreng dan bakar.Faktor Kualiti Utama Yang PERLU Diperiksa OLEH Pembeli
Pejal & Kenyal Bila Digigit
Aroma Laut Yang Bersih
Tahap Ais & Frost
Konsisten Dari Segi Saiz
Warna & Keadaan Kulit
Kebersihan
Sesungut Sotong: Format & Kegunaan Biasa
Sejuk (Segar)
Beku
Format Biasa
Tip Pengendalian & Penyimpanan
Nyahbeku Dalam Chiller
Jangan Terlebih Masak
Keringkan Sebelum Masak
Soalan Lazim (FAQ)