Ramai pekerja bekerja bersama setiap hari, tetapi hubungan masih sekadar “rakan sekerja”. Kadang-kadang mesej tak sampai, salah faham berlaku, tekanan kerja tak terluah, dan suasana jadi tegang.
Program Employee Bonding Team Building Retreat ini membantu pasukan membina hubungan yang lebih rapat, saling memahami, dan berkomunikasi dengan lebih matang.
Ini bukan aktiviti team building yang hanya “main game”.
Program ini disampaikan oleh jurulatih bertauliah HRDF, menggabungkan aktiviti interaktif, perbincangan berkumpulan, latihan komunikasi, dan simulasi situasi kerja sebenar.
Peserta belajar untuk mendengar, memahami, menyokong, dan bekerjasama dengan cara yang lebih efektif dan penuh empati.
Matlamat utama: Pasukan bukan hanya bekerja bersama, tetapi saling menyokong.
Highlight Program:
• Bengkel interaktif bersama jurulatih HRDF-certified
• Topik kemahiran penting: komunikasi berkesan, kepimpinan, pengurusan emosi & stres
• Perbincangan berkumpulan & role-play untuk pembelajaran praktikal
• Meningkatkan empati, persefahaman dan hubungan kerja
• Sesuai untuk syarikat yang ingin memperkukuh budaya kerja positif
Manfaat Untuk Pasukan:
• Teknik komunikasi & kerjasama yang boleh digunakan terus dalam kerja
• Lebih memahami gaya kerja, tekanan dan cabaran rakan sekerja
• Kurang konflik, lebih sokongan dan keharmonian
• Suasana kerja lebih positif, mesra dan produktif
Cadangan Aturcara Program:
Ice-Breaking & Warm-Up
Aktiviti ringan untuk mewujudkan suasana selesa dan santai
Sesi Perkongsian Bertema
Topik boleh merangkumi:
• Komunikasi berkesan & pengurusan konflik
• Kepimpinan & pelaksanaan tugasan
• Psikologi tempat kerja & pengurusan stres
Perbincangan Kumpulan & Role Play
Simulasi & kajian kes untuk latihan situasi sebenar
Refleksi Pasukan & Perkongsian Hasil
Pembentangan kumpulan + rumusan jurulatih dengan poin tindakan sebenar
Majlis Penyampaian Hadiah & Gambar Kumpulan
Tamat dengan penghargaan, semangat dan kenangan positif
Program ini sesuai untuk organisasi yang ingin membina pasukan yang lebih memahami, lebih bersatu, dan lebih berkesan.
Lebih maklumat tentang KanTan Growth PLT
Malaysia