Dalam banyak syarikat, setiap jabatan kadang-kadang bekerja macam “pulau sendiri”:
Sales lain hala, Admin lain gaya, HR cakap satu benda, Production faham benda lain.
Ini menyebabkan komunikasi lambat, kerja tak selaras, dan salah faham meningkat.
Program Corporate Treasure Hunt ini direka khas untuk memecahkan tembok antara jabatan, dan bantu pasukan bekerjasama dengan cara yang lebih santai, kreatif dan bermakna.
Ini bukan “treasure hunt jalan-jalan biasa”.
Setiap tugasan disusun dengan:
• Teka-teki
• Challenge fizikal & mental
• Trivia tentang budaya dan nilai syarikat
• Misi berpasukan berasaskan masa
Untuk menang, pasukan perlu komunikasi jelas, strategi bijak, pembahagian peranan yang tepat, dan kerjasama yang padu. Situasi ini sama seperti kerja di pejabat, cuma kali ini lebih fun dan penuh gelak ketawa.
Highlight Program:
• Pengembaraan treasure hunt yang menggabungkan kreativiti & strategi
• Cabaran teka-teki, puzzle, trivia budaya syarikat & checkpoint misi
• Aktiviti yang memerlukan komunikasi, kepimpinan & perancangan bersama
• Sesuai untuk kolaborasi antara jabatan (cross-department)
• Dipimpin oleh jurulatih bertauliah HRDF untuk pastikan pembelajaran meaningful
Manfaat Untuk Pasukan:
• Pemikiran kreatif & penyelesaian masalah lebih cepat dan fleksibel
• Komunikasi antara jabatan jadi lebih jelas dan efektif
• Kerjasama terasa lebih natural, tidak kaku
• Semangat “fun & play” kembali mewarnai budaya kerja
Cadangan Aturcara Program:
Ice Breaking & Warm-Up
Aktiviti ringan untuk naikkan tenaga dan semangat
Taklimat & Pembahagian Pasukan
Penjelasan objektif, peraturan dan pembahagian peranan
Cabaran Treasure Hunt Bermula!
• Penyelesaian teka-teki
• Trivia nilai & budaya syarikat
• Tugasan checkpoint
• Misi berasaskan masa & strategi
Sesi Refleksi & Perkongsian
Jurulatih membimbing pasukan melihat gaya kerjasama dan pembelajaran
Sambungkan refleksi kepada situasi sebenar di tempat kerja
Majlis Penyampaian Hadiah & Gambar Kumpulan
Tamat dengan penghargaan, semangat dan kenangan yang positif
Program ini sesuai untuk syarikat yang mahu menguatkan hubungan antara jabatan, meningkatkan kreativiti, dan mewujudkan suasana kerja yang lebih menyeronokkan dan penuh kerjasama.
Lebih maklumat tentang KanTan Growth PLT
Malaysia