Penerangan
Rasai kuasa hebat yang memacu adrenalin dalam pengalaman tunggangan yang mengujakan. Dengan reka bentuk yang kukuh dan mantap, dipadankan dengan prestasi yang menakjubkan serta pengendalian yang cemerlang. Memperkenalkan Yamaha Avantiz automatik yang dikuasakan oleh enjin 125cc penyejukan udara dengan teknologi Blue Core Yamaha. Satu ciptaan hebat dalam setiap aspek, bersedia untuk menguasai kelasnya. Kunjungi pengedar sah Yamaha berhampiran anda dan rasai sendiri prestasi yang dibawakan oleh Yamaha hari ini!
Ciri-ciri
Ekzos bergaya
Reka bentuk ekzos yang bergaya, sepadan dengan penampilan motosikal yang agresif dan berkarisma.
Ruang simpanan luas
Ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 14L yang luas untuk menyimpan barangan peribadi termasuk topi keledar jenis jet.
Pemegang keselamatan
Pemegang keselamatan yang mudah dicapai dan direka secara ergonomik untuk penunggang belakang.
Sistem kunci parkir keselamatan
Ciri keselamatan tambahan dengan sistem kunci parkir on/off untuk memastikan motosikal kekal di tempatnya semasa enjin melahu dan ketika parkir.
Lampu hadapan LED berpenampilan agresif
Lampu hadapan yang terang dengan tetapan kecerahan boleh laras untuk menyesuaikan tunggangan anda pada bila-bila masa.
Lampu brek bergaya
Lampu brek belakang yang moden dan bergaya, memancarkan cahaya terang untuk penglihatan maksimum.
Meter dengan penunjuk ECO
Meter baharu yang dilengkapi dengan penunjuk ECO, menyala apabila keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api dicapai.
125cc dengan teknologi Blue Core
Dikuasakan oleh teknologi eksklusif Blue Core Yamaha yang menjanjikan lebih kuasa dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah serta pengalaman tunggangan yang lebih unggul!
Lebih maklumat tentang Nibong Motor Enterprise (M) Sdn Bhd