Motosikal Honda RS-X Winner dibina untuk mentakrifkan semula pengalaman tunggangan anda dengan gabungan sempurna antara reka bentuk sporty, teknologi canggih, dan kejuruteraan Honda yang boleh dipercayai. Direka khas untuk penunggang yang menuntut prestasi, gaya, dan keselamatan, motosikal cub sukan 150cc ini menawarkan pecutan berkuasa, kawalan lincah, dan ciri moden yang meningkatkan pengalaman menunggang di bandar mahupun lebuh raya.
Direka dengan kuasa luar biasa, All-New RS-X Winner memberikan pecutan hebat di seluruh julat RPM enjin. Disahkan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) untuk lebih jimat minyak dan kurang pelepasan karbon.
Ciri hebat ini membantu mengelakkan tayar belakang tergelincir dan meningkatkan keupayaan pengendalian penunggang melalui mekanisme klac yang dipertingkatkan.
Tecnologi canggih ini membolehkan penunggang menghidupkan enjin dan mengunci hendal menggunakan sistem elektronik pintar. Ia juga dilengkapi Penggera Anti-Curi dan Sistem Jawapan Balik untuk keselamatan tambahan.
Dilengkapi dengan port pengecasan USB bersama penutup kalis air yang terletak di bahagian hadapan kenderaan, membolehkan penunggang mengecas telefon bila diperlukan.
Sistem brek bertaraf tinggi dengan ABS pada tayar hadapan membantu mencegah tayar terkunci untuk keyakinan dan kestabilan lebih baik, terutamanya pada kelajuan tinggi atau permukaan licin.
Tecnologi LED moden memberikan pencahayaan lebih terang serta jangka hayat lebih panjang untuk lampu hadapan, lampu belakang, lampu posisi dan lampu isyarat belok.
Menampilkan gaya maskulin, menyerlah dengan garisan kuat dan berterusan dari hadapan ke belakang. Garisan tajam menyumbang kepada imej yang lincah dan aerodinamik.
Suis hendal berasingan memberikan kawalan tepat ke atas pelbagai fungsi termasuk lampu hadapan, isyarat belok dan hon, membolehkan penunggang fokus pada jalan di hadapan.
Rim yang direka bentuk baru memberikan rupa lebih sporty & dinamik, selari dengan imej sukan.
Menampilkan sistem suspensi monoshock yang memberikan tunggangan lancar dan selesa, walaupun di jalan yang tidak rata.
Sistem rantai dengan O-ring tertutup, membantu memanjangkan jangka hayat kenderaan.
Rekaan ekzos dengan gaya agresif dan garisan yang kemas, menambah sentuhan sporty pada motosikal.
MyMAP menggunakan empat ikon yang mudah dikenali untuk merujuk kepada empat tonggak utama penilaian:
1. Pematuhan kepada peraturan UN
2. Audit & Analisis terhadap Pematuhan Pengeluaran
3. Penilaian ciri keselamatan & teknologi baharu
4. Penilaian program sokongan yang disediakan kepada pembeli