Rasai pengalaman sensasi menunggang yang memacu adrenalin. Dengan reka bentuk yang kukuh dan mantap, ia dipadankan dengan prestasi hebat dan pengendalian cemerlang. Memperkenalkan Yamaha Avantiz automatik dikuasakan oleh teknologi penyejukan udara 125cc dengan ciri Blue Core Yamaha. Satu ciptaan hebat dalam setiap aspek, sedia untuk menguasai kelasnya. Kunjungi pengedar sah Yamaha berhampiran anda dan rasai prestasi yang dibawa oleh Yamaha hari ini!

Perumah ekzos bergaya yang sesuai dengan kehadiran motosikal yang agresif dan mengagumkan.
Ruang simpanan bawah tempat duduk 14L yang luas untuk menyimpan barang peribadi termasuk helmet jenis jet.


Bar keselamatan yang mudah dicapai dan direka secara ergonomik untuk penumpang belakang.
Ciri keselamatan tambahan, sistem kunci parkir on/off untuk memastikan motosikal tetap di tempat semasa enjin idle dan parkir.


Lampu hadapan yang terang lengkap dengan tetapan kecerahan boleh laras sesuai dengan waktu menunggang anda.
Lampu brek belakang yang direka moden dan bergaya, memancarkan cahaya terang untuk keterlihatan maksimum.


Meter baru dengan penunjuk ECO yang menyala apabila keseimbangan kuasa dan penjimatan bahan api dicapai.
Dikuasakan oleh teknologi eksklusif Blue Core Yamaha yang menjanjikan lebih kuasa dengan penggunaan bahan api lebih rendah untuk tunggangan yang lebih hebat!

| Isipadu Silinder | 124cc |
| Bore x Stroke | 52.4 mm x 57.9 mm |
| Nisbah Pemampatan | 9.5:1 |
| Kekuatan Maksimum | 7.0 kW / 8000rpm |
| Tork Maksimum | 9.6 Nm / 5500rpm |
| Sistem Permulaan | Elektrik |
| Kapasiti Minyak Enjin | 0.84 L |
| Silinder | Silinder Tunggal |
| Sistem Transmisi | V-Belt Automatik |
| Jenis Rangka | Underbone |
| Panjang Keseluruhan | 1870 mm x 680 mm x 1070 mm |
| Tinggi Tempat Duduk | 773 mm |
| Berat Basah | 96 kg |
| Tangki Minyak | 4.2 L |
| Brek Hadapan | Disc Hidraulik |
| Brek Belakang | Normal |
| Suspensi Hadapan | Telescopic |
| Suspensi Belakang | Swing arm, monoshock |
| Tayar Hadapan | 70/90-14M/C 34P |
| Tayar Belakang | 90/80-14M/C 49P |
| Palam Pencucuh | NGK/CR6HSA |
Malaysia