SALUTAN EMULSI BITUMEN SERBAGUNA
Penerangan
Plastimul MY ialah salutan bitumen beremulsi air yang bersifat tiksotropik, yang mengering membentuk membran plastik fleksibel dan tahan terhadap pengemulsian semula.
Kegunaan
Digunakan sebagai salutan kalis lembap dan pelindung pada struktur asas konkrit, papak bumbung dan longkang konkrit.
Ciri-ciri & Kelebihan
Konsistensi tiksotropik Plastimul MY memudahkan aplikasi pada permukaan menegak dan condong
Sesuai digunakan pada struktur batu-bata atau konkrit walaupun permukaan masih lembap akibat proses pengeringan yang belum lengkap atau kelembapan udara
Tahan terhadap bahan agresif dalam tanah serta tahan kepada asid dan alkali ringan
Aplikasi
Sesuai digunakan pada:
Kepala cerucuk (pilecap), rasuk tanah, tembok penahan dan penyokong jambatan (abutment)
Kolam takungan (sump) dan lubang lif
Bumbung konkrit dan longkang
Penghalang kelembapan untuk dinding blok sebelum pemasangan sistem pelapisan (cladding)
Sebagai primer untuk substrat konkrit sebelum pemasangan membran bitumen jenis bakar (torch-applied)
Warna
Hitam kecoklatan
Pembungkusan
20 liter / Tong
200 liter / Dram
Lebih maklumat tentang PINTAS TRADING SDN BHD
Malaysia