FUNGSI UTAMA ELITECH VGW-760:
1. UKUR TAHAP KEKOSONGAN (VACUUM) DALAM SISTEM
• Alat ini ukur tekanan dalam unit aircond selepas proses vacuum, dalam unit “micron” (lebih tepat daripada psi/bar).
• 0 micron = vakum sempurna, tapi biasanya technician target bawah 500 micron untuk sistem yang bersih dan kering.
2. WIRELESS & BOLEH LINK DENGAN PHONE
• Guna Bluetooth, boleh sambung ke app Elitech (iOS & Android).
• Kau boleh tengok bacaan micron secara live kat telefon, sambil buat kerja lain.
• Juga boleh rekod, log & export data – sangat berguna untuk laporan atau audit kerja.
3. DETEKSI KEBOCORAN / KELEMBAPAN:
• Kalau lepas vacuum, bacaan micron naik balik perlahan-lahan → sistem ada leak atau kelembapan.
• Boleh bantu confirm vacuum betul-betul “hold” atau tak.
4. BATERI LAMA & AUTO-OFF:
• Guna 2x bateri AAA, tahan lama dan ada fungsi auto shutdown bila tak guna.
5. ADA SUHU AMBIEN SENSOR (°C/°F):
• Sensor suhu terbina dalam — kadang penting bila vacuum suhu rendah (boleh ganggu bacaan).