Fungsi Utama SC680:
    1.    Clamp Meter – Ukur Arus Tanpa Potong Wayar:
    •    Ukur arus AC & DC (Amps) hanya dengan ‘clamp’ pada kabel – tak perlu potong wayar.
    •    Sesuai untuk semak beban kompresor, motor blower, dan kipas.
    2.    Multimeter Lengkap:
    •    Ukur voltan (AC/DC), rintangan (Ohm), kapasitans, frekuensi (Hz), suhu, ujian kesinambungan (continuity) dan banyak lagi.
    3.    True RMS Reading:
    •    Baca dengan lebih tepat walaupun bentuk gelombang tidak normal – penting untuk sistem inverter & motor moden.
    4.    Inrush Current Detection:
    •    Kesannya? Boleh detect arus permulaan (inrush current) semasa motor atau kompresor start – penting untuk diagnosis motor rosak atau trip MCB.
    5.    Wireless (Bluetooth) – Sambung ke Job Link App:
    •    Semua bacaan boleh dihantar terus ke telefon melalui Fieldpiece Job Link® App.
    •    Boleh buat laporan dan rekod kerja dengan mudah.
    6.    Ukur Kuasa Elektrik (Power Measurement):
    •    Boleh kira kW (kilowatt), kVA, kVAR, dan Power Factor – sangat berguna untuk check kecekapan sistem elektrik HVAC.
    7.    Jaw Clamp Besar & LED Light:
    •    Mudah clamp pada kabel besar, dan ada lampu suluh terbina untuk tempat kerja gelap.