Program Pensijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) diperkenalkan semasa Pelan Pengurusan Penghapusan Kloroflorokarbon (CFC) Keabangsaan (NCFCP) pada 2004, dengan fokus pada bahan refrigen CFC. Program ini telah dinaik taraf dalam Pelan Pengurusan Penghapusan Hidrokloroflorokarbon (HPMP) yang memfokuskan pada sektor Penyejukan dan Penyamanan Udara (RACs). Di bawah pelan ini, satu modul latihan telah dibangunkan untuk menjalankan program pentauliahan CSTP.
Malaysia