Penerangan
Sensitivity Control adalah diet yang diformulasikan secara saintifik dengan protein terpilih untuk menguruskan intoleransi makanan, alahan makanan dan kepekaan gastrousus. Disyorkan untuk kes reaksi makanan yang buruk dengan tanda dermatologi dan/atau gastrousus, dermatitis atopik anjing dengan kegatalan kronik, dan cirit-birit kronik. Tidak disyorkan semasa kehamilan, penyusuan, dan pankreatitis. Diet ini lengkap dan seimbang serta boleh diberi untuk jangka masa panjang. Pemeriksaan kesihatan penuh oleh doktor haiwan disarankan setiap 6 bulan.
Bahan termasuk daging dan derivatif haiwan, bijirin, derivatif tumbuhan, minyak dan lemak, mineral dan gula. Sumber protein terpilih: itik (55%). Sumber karbohidrat terpilih: beras (8%).
*******Pemilik haiwan disarankan untuk berjumpa doktor haiwan terlebih dahulu sebelum memulakan diet untuk haiwan peliharaan mereka. Bagi yang pertama kali atau untuk tujuan percubaan, disarankan membeli dari klinik doktor haiwan anda.
Lebih maklumat tentang Bees Pets Global Supply Sdn. Bhd.